12 Jam Tiada Siapa Perasan Keluarga Ini Kemal4ngan Di Lebuhraya. Apa Yang Terjadi Amat Menyedihkan

DUA beradik terpaksa menahan sakit kira-kira 12 jam sebelum diselamatkan akibat kemal4ngan yang turut mer4gut ny4wa ibu dan bapa mereka di Kilometer 20.8 Lebuhraya PLUS (arah Selatan) dekat Kulai pagi ini.

Kejadian menimpa keluarga malang yang menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Caldina itu disedari pekerja Propel Plus kira-kira jam 10.40 pagi ini.

Difahamkan, dalam kejadian itu, Herry Mohd Ali, 43, dan isterinya, Khairrunisa Azman, 34, m4ut di lokasi kejadian manakala manakala dua anak lelakinya berusia enam dan empat tahun c3dera selepas tercampak keluar.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow berkata, pemandu dan penumpang disahkan men1nggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan paramedik Hospital Kulai.

Manakala dua anak pasangan itu dibawa ke Hospital Kulai dengan ambulans bomba untuk mendapat rawatan.

Katanya, dari maklumat yang diterima, kem4langan dipercayai berlaku kira-kira jam 11 malam tadi ketika keluarga berkenaan dalam perjalanan dari Muar balik ke Johor Bahru.

“Siasatan awal mendapati kem4langan dipercayai berlaku apabila tayar belakang sebelah kiri MPV itu pecah menyebabkan pemandu hilang kawalan dan terbabas sejauh 100 meter ke kiri bahu jalan sebelum terlanggar pokok,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, akibat dari pelanggaran itu pemandu dan penumpang hadapan tersepit manakala dua kanak-kanak lelaki tercampak keluar.

Katanya, pihaknya percaya kem4langan tidak disedari pengguna kerana kenderaan mangsa tersadai jauh dari lebuh raya.

“May4t berjaya dikeluarkan anggota bomba pada 11.15 pagi.

“Siasatan lanjut masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kulai, Pegawai Bomba Kanan I, Bakhtiar Selamat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 10.53 pagi.

Katanya, sembilan anggota bersama dua jentera termasuk sebuah Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) bergegas ke lokasi kejadian.

“Bomba menggunakan peralatan RTA bagi mengeluarkan m4ngsa tersepit dan operasi ditamatkan sepenuhnya kira-kira jam 12.21 tengah hari,” katanya.

Be the first to comment on "12 Jam Tiada Siapa Perasan Keluarga Ini Kemal4ngan Di Lebuhraya. Apa Yang Terjadi Amat Menyedihkan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*