Sedang Agih Sumbangan, Tiba Tiba Warga Bangladesh Ini Datang Dan Pulangkan Balik Semua Sumbangan. Terkejut Lelaki Ini Bila Tahu Apa Sebabnya

Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari. Peribahasa ini memang sinonim dengan rakyat Malaysia. Ia bermakna setiap benda yang kita terima harus bersyukur terutama bila kita memerlukan bantuan di kala kita dalam kesusahan.

Berbeza dengan apa yang terjadi untuk saudara Mohd Salim Aripin, beliau menceritakan pengalaman ketika sedang mengagihkan sumbangan kepada yang memerlukan dan ketika ini yang memerlukan adalah bukan warganegara Malaysia tetapi berasal dari Bangladesh.

Menerusi entrinya, dia memang sudah lama terlibat dalam kerja kemasyarakatan, cakna dengan masalah pekerja Bangladesh di sekitar kawasannya yang tidak bekerja dalam tempoh PKP, membuatkan dia tergerak hati untuk menghulurkan bantuan.

Menurut beliau, ketika sedang pergi dari rumah ke rumah untuk menyerahkan sumbangan secara tiba tiba warga Bangladesh ini mendekati beliau dan ingin memulangkan sumbangan yang baru sahaja mereka terima.

“Mengejutkan apabila mereka keluar beramai-ramai menuju ke arah saya dan memulangkan semula bantuan yang diberi…”

KENAPA PULANG BALIK SUMBANGAN?

Sekumpulan pekerja Bangladesh bertindak memulangkan semula barangan jika kehendak mereka tidak dituruti, justeru Mohd Salim dan pasukannya, mengambil keputusan untuk tidak melayan permintaan mereka.

Rupa rupanya mereka mahu sumbangan itu diberikan mengikut jumlah yang ada dalam rumah dan bukan 1 sumbangan 1 rumah. Maksudnya sekiranya ada 10 orang Bangladesh di dalam rumah, mereka mahu 10 kampit beras diberikan kepada mereka.

APA YANG TERJADI SELEPAS ITU?

Disebabkan perkara itu, segala sumbangan ditarik balik dan tiada satu pun mendapat sumbangan. Mereka seperti tidak bersyukur dengan bantuan yang telah diberikan seperti dapat kepak nak peha pula.

“Kami tak layan dan ambil semula barang² setelah menasihati mereka agar bersyukur dan jangan kurang ajar…”

Barangan sumbangan yang diberikan menerusi rumah ke rumah itu telah diambil semula, kerana bagi Salim tiada gunanya memberikan kepada orang tidak reti bersyukur.

Sekarang siapa yang rugi? Elok elok dapat sumbangan sekarang sebutir beras pun tidak ada. Sila belajar bersyukur dengan apa rezeki yang kita terima. Sekiranya sedikit haruslah berjimat dan belajar berkongsi.

Harap kisah ini menjadi ikhtibar kepada tuan puan semua. Belajar bersyukur.

Sumber: Mohdsalim Aripin

Artikel By: Viddy Media

Be the first to comment on "Sedang Agih Sumbangan, Tiba Tiba Warga Bangladesh Ini Datang Dan Pulangkan Balik Semua Sumbangan. Terkejut Lelaki Ini Bila Tahu Apa Sebabnya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*