PKP 4 Hampir Tamat, Adakah Kita Akan ‘Bebas’ Kembali. Ini Rumusan Yang Rakyat Patut Tahu Sebelum Tiba Tarikh Pengumuman

Teka-teki sama ada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula pada 18 Mac lalu akan dilanjutkan atau tidak bakal diketahui dalam tempoh terdekat ataupun kira-kira 72 jam lagi.

Jika diteliti, pasti ramai rakyat yang sangat mengharapkan ia tidak lagi dilanjutkan selepas memasuki hari ke-53 pelaksanaan PKP hari ini dan ingin kembali kepada kehidupan normal, namun kerajaan pastinya akan membuat keputusan tepat berdasarkan situasi semasa kes COV-19 di negara ini.

Ini bukan soal main-main atau remeh. Ia soal mengutamakan nyawa dan ekonomi

Jadi, satu keputusan tepat perlu dibuat kerajaan atas nasihat Kementerian Kesihatan (KKM).

Jika kita takut ekonomi terus merudum, maka PKP tidak perlu dilanjutkan.

Tapi apa yang lebih penting sekarang ialah nyawa rakyat. Jangan sampai negara kita mengalami keadaan seperti di Jerman dan Hokkaido, Jepun yang dilanda gelombang kedua COV-19 gara-gara menamatkan ‘lockdown’ terlalu awal.

Untuk rekod, pelaksanaan PKP untuk mengekang penularan COV-19 kini sudah pun di fasa keempat yang akan tamat pada 12 Mei ini dan pada masa sama, kerajaan turut mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula 4 Mei yang memberi kelonggaran kepada beberapa sektor ekonomi untuk beroperasi.

Kita juga mungkin boleh berbangga apabila setakat semalam, angka-angka COV-19 adalah memberangsangkan apabila seramai 88 pesakit dibenarkan keluar hospital, menjadikan keseluruhan kes pulih sebanyak 4,864 kes iaitu 74.43 peratus daripada jumlah keseluruhan kes positif iaitu 6,535 kes.

Selain itu, tiada kematian baharu direkodkan dalam tempoh dua hari berturut-turut dengan angka kem4tian kekal pada 107.

Petanda positif ini dijangka meratakan lengkungan dan seterusnya negara kita kini memasuki fasa pemulihan.

Sejak penularan wab4k ini, kedengaran ramai yang merungut kerana dihalang masuk ke pasar raya, akhirnya pulang dengan ‘tangan kosong’ disebabkan hanya tidak memakai penutup hidung dan mulut.

Pasar raya diakui memainkan peranan penting dalam pencegahan COV19

PKP fasa 2 lebih ketat! Pasar raya, restoran dan bisnes lain ...

Boleh dilihat hampir kesemua pasar raya ketika musim PKP ini mewajibkan pelanggan untuk memakai penutup hidung dan mulut selain diperiksa suhu badan.

Menjawab persoalan itu, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengulas tidak menjadi kesalahan jika ada yang tidak memakai penutup hidung dan mulut dan pengurusan mana-mana premis tidak boleh menghalau pelanggan yang tidak memakainya.

Tidak memakai penutup hidung dan mulut di tempat awam bukan kesalahan mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) ketika PKP, sehingga menyebabkan seseorang itu boleh ditahan atau didenda.

Jadi tanamlah ‘normal baharu’ itu dalam diri ketika keluar dari rumah, walaupun perkara itu bukan satu syarat wajib untuk orang ramai memakainya, namun ini adalah sesuatu yang digalakkan ketika berada di kawasan tumpuan awam bagi mengelak jangkitan COV19.

Ingatlah, kita masih belum menang dalam peperangan wab4k ini

Failure not an option for frontliners'

Biasakan dengan normal baharu dan amalkan kawalan kendiri dan elakkan bersesak-sesak dengan orang ramai, tidak kiralah di mana sahaja anda berada, maklumlah raya sudah semakin hampir.

Sudah berbuih rasanya mulut Ismail Sabri mahupun Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berpesan setiap hari tentang perkara itu ketika sidang media harian mereka, justeru, rakyat seharusnya sudah memahami akan perkara-perkara yang digalakkan dilakukan dalam normal baharu ini.

Sumber : BHARIAN ONLINE

Be the first to comment on "PKP 4 Hampir Tamat, Adakah Kita Akan ‘Bebas’ Kembali. Ini Rumusan Yang Rakyat Patut Tahu Sebelum Tiba Tarikh Pengumuman"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*