5 Bulan Kerja Tanpa Henti Dan Hari Ini DG Hisham Tidak Akan Muncul Pada Sidang Media. KKM Jelaskan Kenapa

Rasanya hampir semua rakyat Malaysia akan berada di depan TV untuk melihat pengumuman tentang COV19 samada makin pulih atau tidak.

Wira Negara, DG Hisham antara yang paling dinanti untuk muncul.

SETIAP hari pada petang, kelibat lelaki berjaket hitam yang tertera perkataan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjadi individu dinanti-nantikan rakyat Malaysia bagi mengetahui perkembangan terkini pandemik Cov-19 negara ini.

Pastinya beliau adalah Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah yang dianggap antara orang terpenting di Malaysia dalam menangani pandemik itu.

Setiap kali diumumkan jangkitan kes baharu menurun memberi satu kelegaan buat semua dan sebaliknya jika kes meningkat mendatangkan kegusaran.

5 bulan kerja tanpa cuti

Selepas lima bulan bekerja tanpa henti dan ‘bersilat’ ketika menjawab soalan wartawan setiap hari, akhirnya hari ini beliau diberi cuti oleh Pejabat Perdana Menteri (PMO) daripada membuat sidang media.

Pihak media dimaklumkan hari ini bahawa sidang media KKM bagi perkembangan terkini Cov-19 dibatalkan.

Walaupun DG Hisham tiada, perkembangan CoV19 tetap akan diberitahu hari ini.

Bagaimanapun, KKM akan mengeluarkan kenyataan media mengenai perkembangan terbaru itu pada 4.30 petang hari ini.

Media dimaklumkan bahawa Dr Noor Hisham diberi cuti oleh PMO daripada melakukan sidang media hari ini, bagaimanapun tugas lain masih berjalan seperti biasa.

Sumber: Harian Metro

Rata rata netizen mengucapkan terima kasih dan berharap DG Hisham dapat rehat secukupnya.

Semoga DG Hisham akan kembali bertenaga selepas ini.

Be the first to comment on "5 Bulan Kerja Tanpa Henti Dan Hari Ini DG Hisham Tidak Akan Muncul Pada Sidang Media. KKM Jelaskan Kenapa"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*