D0nald Trump Telefon Perdana Menteri Muhyiddin Yassin. Ini Yang Mereka Bincangkan

Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) sepakat memastikan kelancaran bekalan peralatan kritikal terutama dalam berdepan krisis kesihatan global.

Perkara itu dizahirkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden AS, Donald Trump dalam perbualan telefon malam ini.

Muhyiddin berkata, beliau dan Trump turut menekankan kepentingan kerjasama komuniti antarabangsa bagi mengurangkan kesan pandemik ke atas kesejahteraan hidup masyarakat dunia dan ekonomi global.

“Dalam perbualan yang berlangsung selama 30 minit itu, saya dan Trump berbincang mengenai pandemik COVID-19 serta pendekatan yang diambil kedua-dua negara.

“Usaha terbabit termasuk meningkatkan kerjasama dalam pembangunan vaksin dan ubat-ubatan serta akses sama rata kepada vaksin COVI19 kelak,” katanya menerusi status yang dimuat naik di akaun Facebook rasminya.

Katanya, beliau dan Trump juga bertukar pandangan mengenai isu kepentingan bersama dalam konteks mengekalkan keselamatan dan keamanan antarabangsa.

“Selain mengucapkan tahniah kepada saya dan kerajaan yang baharu, kami menyatakan komitmen untuk terus mengukuhkan hubungan kerjasama komprehensif di antara Malaysia dan AS,” katanya.

KENYATAAN PENUH PERDANA MENTERI MUHYIDDIN YASSIN

Muhyiddin ketika perbualan telefon bersama Trump, malam ini. - Foto FB Muhyiddin Yassin

Malam ini saya telah menerima panggilan telefon daripada Tuan Yang Terutama Donald J. Trump, Presiden Amerika Syarikat.

Selain mengucapkan tahniah kepada saya dan Kerajaan yang baharu, kami menyatakan komitmen untuk terus mengukuhkan hubungan kerjasama komprehensif di antara Malaysia dan Amerika Syarikat.

Pada perbualan yang berlangsung selama 30 minit itu, saya dan Presiden Trump berbincang mengenai pandemik Cov19, serta pendekatan-pendekatan yang telah diambil kedua-dua negara. Kami turut menekankan peri pentingnya kerjasama komuniti antarabangsa bagi mengurangkan kesan pandemik tersebut ke atas kesejahteraan hidup masyarakat dunia dan ekonomi global. Usaha-usaha tersebut termasuk meningkatkan kerjasama dalam pembangunan vaksin dan ubat-ubatan serta akses sama rata kepada vaksin Covid-19 kelak.

Pada masa yang sama, kedua-dua negara juga menzahirkan kesepakatan bagi memastikan kelancaran rantaian bekalan peralatan kritikal dan bekalan lain,terutamanya semasa krisis kesihatan global.

Selain itu, kami turut bertukar-tukar pandangan mengenai isu-isu kepentingan bersama dalam konteks mengekalkan keselamatan dan keamanan antarabangsa.

Sumber : BHARIAN ONLINE

Be the first to comment on "D0nald Trump Telefon Perdana Menteri Muhyiddin Yassin. Ini Yang Mereka Bincangkan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*