7 Buah Kenderaan Polis Kejar Sebuah Kereta Myvi Sejauh 15KM. Rupanya Ini Sebab Remaja Lelaki Melarikan Diri Dari Polis

BIMBANG dicekup, remaja lelaki berusia 17 tahun memecut keretanya sejauh 15 kilometer (km) sekitar bandar Johor Bahru selain dilapor merempuh beberapa kenderaan lain sebelum berjaya ditahan polis.

Bagi menahannya, tujuh kereta MPV polis terpaksa mengejar dan mengepung kenderaan dipandu remaja terbabit sebelum ditahan berdekatan restoran makanan segera di Jalan Tebrau, di Johor Bahru, 10.30 pagi tadi.

Terdahulu, suspek yang memandu kereta jenis Perodua Myvi enggan memberhentikan kenderaan dipandunya itu selepas diarahkan anggota polis yang melakukan rondaan di Jalan Tebrau hingga ke Taman Mutiara Emas Utama menyebabkan polis terpaksa mengejarnya.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay ketika dihubungi, mengesahkan kejadian berkenaan.

BAWA DAD4H YANG BANYAK

REMAJA yang ditahan bersama kereta dan dad4h yang dirampas darinya. FOTO ihsan PDRM

Katanya, hasil pemeriksaan ke atas suspek, polis menemui pelbagai jenis dad4h dalam beg sandang miliknya.

“Ia termasuk 10 biji pil Erim1n 5, satu paket plastik lutsinar berisi 9 pil warna hijau disyaki dad4h ecst4cy seberat 4.84 gram, satu paket plastik lutsinar berisi 11 pil warna ungu juga disyaki dad4h jenis ecst4cy seberat 4.61 gram dan satu paket plastik lutsinar berisi hablur kristal disyaki dad4h jenis ket4mine seberat 9.84 gram serta satu paket plastik lutsinar berisi hablur kristal disyaki dad4h jenis sy4bu seberat 2.60 gram,” katanya.

Ayob Khan berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Kesiksaan dan Seksyen 39A (1), Akta Dad4h Berbahaya 1952.

Jika sabit kesalahan, suspek boleh dikenakan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya dan boleh dikenakan penjara hingga lima tahun dan disebat hingga sembilan sebatan.

Sumber : HMETRO ONLINE

Be the first to comment on "7 Buah Kenderaan Polis Kejar Sebuah Kereta Myvi Sejauh 15KM. Rupanya Ini Sebab Remaja Lelaki Melarikan Diri Dari Polis"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*