Innallilah, Ustaz Ismail Kamus Meninggal Dunia. PU Amin Ceritakan Apa Yang Dia Minta Pada Arwah Setiap Kali Berjumpa Dulu

KUALA LUMPUR: Pendakwah terkenal, Datuk Ismail Kamus dilaporkan meninggal dunia, sebentar tadi. Perkara itu disahkan menerusi Facebook rasmi pendakwah berkenaan.

“Duka cita dimaklumkan Tuan Guru Datuk Ismail Kamus mening-gal dunia sebentar tadi. Al-Fatihah,” menurut kenyataan di Facebook itu.

Satu kenyataan juga dikeluarkan oleh Pusat Rawatan Islam Darussalam Malaysia

Tokoh pendakwah tanah air dan Pengasas Persatuan Perubtan Islam DarusSalam Malaysia, Tuan Guru Dato’ Ismail Kamus telah kembali ke rah-matullah Jam 12.30 pagi, 8 Mei 2020 di kediaman beliau di Ampang.

Semoga Allah SWT menempatkan beliau ditempat yang mulia di sisi Allah SWT ta’ala.

الفاتحة

Sumber Rasmi : Persatuan Perubatan Islam Darussalam Malaysia. 8 Mei 2020 | 15 Ramadhan 1441

PU AMIN CERITAKAN PENGALAMAN BELIAU DENGAN USTAZ ISMAIL KAMUS

Tuan Guru Dato Ustaz Ismail Kamus baru sahaja menghembuskan nafasnya yang terakhir . Mening-gal dunia pada penghulu segala hari . Hari Jumaat . Juga mening-gal dunia dalam Bulan Ramadhan sebaik baik bulan. Husnul khatimah.

Bila berjumpa dengan nya saya akan ambil tangan Dato dan letak di dada dan mohon doa agar Allah datangkan ikhlas dalam hati . Saya bawa anak anak saya untuk didoakan dan dikucup dari nya

Dia tiup ubun ubun kami semua . Saya kucup pipi dan dahinya . Saya kata saya nak jadi macam Ustaz . Tuan Guru Dato Ustaz Ismail Kamus mendapat Husnul Khatimah . Pengakhiran yang baik . Beliau berjasa pada dunia dakwah . Anak anak dakwah hidup membesar dengan kaset forum nya.

Ya Allah ampunkan dosanya , Luaskan kubur nya , Masuk kan dia ke dalam SYURGA yang tinggi dan indah . Sedih hati ini , perginya permata ummah . Ulama telah pergi . Kematian para ulama adalah menyakitkan jiwa kita . Berehatlah duhai ayahanda dakwah.

Ayahanda yang mengajarkan kami erti perjuangan dan pengorbanan untuk ISLAM. AL FATIHAH 

Innallilah, Salam Takziah Kepada Keluarga Ustaz Ismail Kamus. Al- Fatihah (dibaca).

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*