Berhimpit Himpit Dalam Keretapi KTMB, Penjarakkan Sosial Langsung Tiada. Ini Kenyataan Dari Pihak KTMB

Gambar dan video penumpang berhimpit-himpit macam sardin dalam tin dalam tren Keretapi Tanah Melayu (KTMB) semalam cukup ‘menakutkan’ ramai pihak.

Dalam keadaan penularan Covid-19 semakin terkawal, situasi seperti dalam gambar yang tular di media sosial itu menyebabkan kemarahan netizen dan bimbang kelonggaran yang diberikan oleh kerajaan dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) disalahgunakan.

KTMB dalam satu respon kepada netizen menerusi media sosial bertarikh hari ini mengesahkan gambar berkenaan adalah sahih dan memohon maaf atas apa yang berlaku.

‘Set tren yang asal mengalami masalah teknikal dan pihak kami telah gantikan dengan set tren 3 car dan menyebabkan ruang terhad,” katanya menjawab pertanyaan netizen.

95437474_10222998510180080_6142010126149615616_o

BUKAN LRT RAPID KL

Sebelum itu, berdasarkan gambar yang sama, ada pihak mendakwa ia berlaku dalam tren milik Rapid KL namun syarikat berkenaan menafikannya dan menasihati pengguna media sosial supaya tidak mengaitkan mereka dengan berita palsu.

95379501_10222998511340109_3925563300674273280_o

Apa sekali pun, sekiranya benar ia berlaku kepada tren KTMB, ia tidak sepatutnya berulang dalam keadaan orang ramai perlu akur kepada penjarakan sosial pada masa ini dan tidak mampu lagi menerima kluster baharu Covid-19 dalam negara.

Mungkin pihak berkuasa termasuk Kementerian Pengangkutan perlu memberi penjelasan mengenai apa yang berlaku.

Sumber : Malaysia Gazette

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*