Dai Farhan Buat Benda Sama Lagi, Isteri Aura Ke 19 Diceraikan Ketika Sedang Hamil. Isteri Dai Farhan Dedahkan Sebab Kenapa Dia Diceraikan

ISTERI kepada pendakwah bebas, Dai Farhan yang dikenali sebagai Dr Erin mengesahkan dia sudah bercerai dengan suaminya itu pada hujung April lalu.

Menurut Erin, penceraian itu atas permintaannya dan keputusan tersebut dicapai hasil persetujuan bersama demi kebaikan semua pihak termasuk bekas madunya, Fatin Nurul Ain.

“Untuk pengetahuan semua ustaz telah pun melafazkan cerai pada saya pada 27 April selepas saya sendiri meminta untuk dilepaskan.

“Perceraian ni saya yang minta sebab saya dah penat dengan episod kejap kata nak rujuk sana dan nak ceraikan saya, kejap tak jadi cerai saya dan nak pujuk sana untuk bermadu dengan saya, kejap nak cerai balik… saya tahu ustaz pun serba salah kerana itu saya memilih untuk diceraikan dengan rela,” katanya menerusi Instagram pada malam Selasa.

Sementara itu, Erin memaklumkan dia mengizinkan suaminya itu untuk kembali kepada bekas isteri kerana enggan berpisah jauh dengan anak-anak sejak Februari.

Sepanjang tempoh tersebut, Erin mengakui pasrah menantikan waktu diceraikan suami sehinggalah mendapat perkhabaran sudah hamil baru-baru ini.

“11 Februari lalu saya telah mengizinkan ustaz untuk kembali dengan bekas isteri kerana selepas ustaz pulang dari ziarah anak-anaknya ustaz cakap dia tak boleh berjauhan dari anak-anak.

“Pihak sana bagi syarat nak duduk dengan anak boleh adalah dengan menceraikan saya sebab mentua dia takkan bagi anak dia bermadu… sebabkan terlalu sayang ustaz saya cakap pada ustaz bawa saya jumpa mak ustaz dan bekas madu untuk saya serahkan ustaz balik.

“Saya mengalah dan tak harapkan apa-apa dari ustaz cuma menunggu masa nak diceraiakn saja. Dari bulan Februari nak cerai ada saja masalah datang sampailah saya nekad nak akhiri pada bulan Ramadan demi kebaikan semua tapi saya tahu mengandung pula… tapi saya nekad dengan keputusan untuk mengakhirinya,” ujarnya.

Menerima ketentuan tersebut dengan hati terbuka, Erin meminta masyarakat tidak lagi mengaitkan dirinya dengan pendakwah bebas tersebut.

Dalam masa sama, dia memohon maaf kepada mana-mana pihak yang tergores hati sepanjang perkahwinannya dengan Dai Farhan.

“Saya harap selepas ini tolong jangan kaitkan ustaz dengan saya, apa-apa saya post adalah atas diri saya sendiri yang hina ini yang baru nak dapat hidayah ini sememangnya tak layak dengan golongan agamawan.

“Biarlah ustaz jalani kehidupan dia seperti biasa dengan ketenangan dan kebaikan… akhir kata saya ingin meminta maaf kepada sesiapa yang tergores hati dan terkesan atas pernikahan saya dengan ustaz. Saya tak minta jadi macam ni.

“Saya terima lamaran ustaz dulu kerana ilmu agama dan kebaikan yang saya nampak dalam diri ustaz masa tu dan saya sangat berharap ustaz boleh membawa saya ke syurga,” katanya.

Pada November tahun lalu, perkahwinan Farhan dengan janda anak lapan iaitu Erin di Makkah mendapat perhatian masyarakat apabila dilakukan tanpa pengetahuan isteri pertamanya Fatin.

Bagaimanapun, Nik Farhan kemudiannya mengambil keputusan menceraikan isteri pertamanya yang ketika itu sedang sarat mengandung anak kedua mereka.

Perceraian dengan talak satu itu dilafazkan menerusi rakaman suara di aplikasi WhatApps.

Sumber : MSTAR ONLINE

Be the first to comment on "Dai Farhan Buat Benda Sama Lagi, Isteri Aura Ke 19 Diceraikan Ketika Sedang Hamil. Isteri Dai Farhan Dedahkan Sebab Kenapa Dia Diceraikan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*