
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan sejak beberapa bulan yang lalu memperlihatkan pergerakan orang ramai dihadkan bagi membendung penularan Covid-19.
Keadaan ini juga menyebabkan sesetengah orang terpaksa ‘meninggalkan’ rumah masing-masing.
Pun begitu, tempoh yang lama mungkin menyebabkan pelbagai masalah yang tidak terjangka berlaku di dalam rumah tersebut.
Keadaan ini dialami oleh seorang pengguna Twitter, Adib, yang nyata terkejut apabila melihat peti ais dipenuhi dengan ulat setelah dua bulan tidak pulang ke rumahnya.
Menurutnya, suis elektrik utama di dalam rumahnya mungkin ‘tertendang’ disebabkan oleh kilat.
https://twitter.com/adib_ozil/status/1257177962786336768
Menerusi bebenang yang seterusnya, dia juga berkongsikan perbualan rakan rumahnya yang mengatakan bahawa perlu menggunakan pakaian penuh PPE bagi membersihkan peti ais itu.
https://twitter.com/adib_ozil/status/1257189187221991424
Warga net juga berkongsi pengalaman sedemikian dan ada daripada mereka yang memberikan tips untuk mencuci peti ais tersebut.
Sumber: Adib_Azil via Siakap Keli
Leave a Reply