PU Azman Tampil Beri Komen Selepas Muzaffar Jakel Memohon Maaf Secara Terbuka

Isu berkenaan statement tidak sepatutnya dibuat oleh Muzaffar Jakel menjadi perbualan hangat di media sosial sejak semalam.

Entri Muzaffar yang juga adik kepada bos besar Jakel, Datuk Faroz di Instagram yang menyentuh tentang ‘Melayu’ mendapat kec4man orang ramai.

Menyedari kekhilafan tersebut, Muzaffar telah membuat permohonan maaf kepada rakyat Malaysia terutama orang Melayu. Malah Datuk Faroz sebagai pengarah urusan Jakel turut memohon maaf.

Meskipun begitu, berdasarkan komen-komen di laman sosial, rata-rata orang ramai masih belum memaafkan.

Lebih teruk, segelintir individu mengajak orang ramai supaya memboikot Jakel dek kerana keterlanjuran kata-kata adik kepada bos besar Jakel itu.

Ibarat kata terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.

Tapi yang menerima padahnya pula orang lain, iaitu si abang (Datuk Faroz) meskipun yang membuat silap adalah adiknya.

PU Azman bersuara

Tampil bersuara, Pencetus Ummah (PU) Azman telah menyuarakan pendapat beliau tentang isu tersebut.

Sesuai dengan statusnya sebagai seorang pendakwah, PU Azman mengajak orang ramai supaya berlapang dada dan ingat Allah.

Menurut PU Azman, perasaan marah ada hadnya. Tidak sepatutnya seseorang itu membuat komen yang mengajak orang lain berbuat sesuatu yang bertentangan dengan agama.

” Ketika kita dakwa seseorang itu takabbur kerana merendahkan bangsa kita, kita juga takabbur kerana terus meniupkan api permusvhan setelah dia memohon maaf.

” Ini bukan lagi soal kita mesti boikot produk sesiapa. Tapi ia soal mengamalkan pesan Allah dan Rasul.

” Bila kita silap, akhlaknya ialah memohon maaf. Bila kita dihulurkan permohonan maaf, akhlaknya ialah memaafkan.

” Mungkin kita sukar melupakan, tapi Allah suruh kita memafkan..” tulis PU Azman

” Cik Man juga Melayu. Marah juga melabuh rasa. Tapi sampai bila.”

” Ketika dia melontarkan sentimen perbezaan, cuba kita cari apa yang kita sama dengan dia.

Tambah PU Azman lagi, ketika sesama mukmin berseteru, ada yang lain meraikan kemenangan. Bukankan Allah memujuk kita dalam surah al Hujurot ayat 10.

إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ فَأَصْلِحُوا بَيْنَ أَخَوَيْكُمْ ۚ .

Maksud :”Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara, karena itu damaikanlah antara kedua saudaramu (yang berselisih)”.

Kita nak terus ingat kesilapan dia, silakan. Kerana itu soal ingatan.Tapi memaafkan adalah satu kewajipan kerana itu soal tuntutan.

Ketika kita menuding jari kepada orang yang menghina, kerana tidak ikut Sunnah Rasul dalam berkata baik, kita juga terpalit tidak mengikut sunnah Rasul dalam memaafkan.

Kenyataan permohonan maaf Muzaffar.

” Salam semua maafkan saya saya hanya insan biasa. Saya sekali lagi memohon maaf diatas kekhilafan dan keterlanjuran yang dikatakan dlm IGS posting.

” Apa yg saya ingin nyatakan adalah kesalahan saya kerana saya secara tak sengaja menggunakan ayat yang tidak saya sepatutnya digunakan.

Muzaffar hanya bekerja dengan abangnya

Dia turut menjelaskan bahawa dia hanyalah bekerja di Jakel yang dimiliki oleh abangnya itu.

Segala kata-kata yang keluar daripadanya ialah kenyataan peribadinya dan tidak berkaitan dengan syarikat Jakel.

” Ingin dijelaskan juga, saya hanya bekerja dgn syarikat abang saya. Saya bukan shareholder atau owner Jakel.

” Statement yg dikeluarkan oleh saya adalah kenyataan peribadi dan bukanlah mewakili dari kenyataan syarikat Jakel.

” Saya dgn rendah diri memohon maaf sekali lagi atas keterlanjuran saya dlm mengeluarkan kata kata yg menyinggung perasaan ramai pelanggan2 Jakel dan nitizen . Maaf zahir batin.” – akhiri Muzaffar

Sumber: Asia United

Be the first to comment on "PU Azman Tampil Beri Komen Selepas Muzaffar Jakel Memohon Maaf Secara Terbuka"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*