Akhirnya Muzaffar Jakel Sendiri Jelaskan Apa Sebenar Yang Terjadi Dan Apa Hubungan Dia Dengan Nor Lizah

Apa saja yang berkaitan dengan agama dan bangsa sememangnya sangat sensitif untuk disebut lagi di Malaysia. Malaysia memang di kenali sebagai negara yang mempunyai kepelbagaian kaum dan sangat harmoni. Tapi kalau tersilap kata mengenai bangsa, habis kacau bilau jadinya.

Video Penuh Berada Di Bawah Artikel

Begitulah hal yang sedang terjadi kepada Muzaffar Jakel, adik bongsu Datuk Faroz iaitu pemilik , Pemilik Gedung Tekstil Terkemuka Jakel.

Muzaffar tanpa sengaja telah memuatnaik sebuah kenyataan yang memperkecilkan bangsa melayu. Kenyataan itu susulan dari pengumuman Jakel untuk membuka gedungnya pada 4 Mei 2020. Ia seiring dengan hari pertama Pelaksanaan PKPB ( Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat) yang diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia Jumaat lalu.

Kerana orang Malaysia mengecam tindakan Jakel membuka gedung, Muzaffar berkata dia bersimpati dengan orang melayu kerana tak faham maksud SOP (Standard Operating Procedure).

Walaupun Muzaffar telah momohon maaf di atas keterlanjuran dari kata-katanya, namun rata-rata netizen tetap berkecil hati.

Kerana bimbang ramai akan memboikot perniagaan Jakel, Muzaffar menjelaskan bahawa dia hanya bekerja dengan syarikat abangnya dan bukan pemilik Jakel. Dia aku bahawa ia adalah kenyataan peribadi dan bukanlah mewakili dari kenyataan syarikat Jakel.

Boss Besar JAKEL Mohon MAAF

Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Mohamed Faroz Mohamed Jakel memohon maaf secara terbuka kepada rakyat Malaysia atas kenyataan adiknya yang dikatakan menghina orang Melayu.

Adiknya, Muzaffar didakwa menghina orang Melayu ketika menjawab pertanyaan pengguna media sosial mengenai prosedur operasi standard Jakel kembali beroperasi hari ini susulan pengumuman Putrajaya pada Jumaat lalu.

Ramai yang marah dan mempertikaikan tindakan Jakel menyambung semula operasi, selepas catatan Muzaffar “Kesian aku dengan orang Melayu. SOP tu bahasa Melayu pun tak pandai baca” di Instagram Stories pada 1 Mei lalu.

Faroz dalam satu klip video di Facebook Jakel berkata, beliau kecewa dan terkesan dengan tindakan tidak sensitif adiknya kerana orang Melayu ialah penyokong terbesar perniagaannya selama ini.

Muzaffar Jelaskan Segalanya Dan Siapa Nor Lizah?

Saya Hanya Bekerja & Bukan Owner Jakel,Saya Mintak Maaf ...

Muzaffar Jakel telah memuat naik 1 video penjelasan dan permohonan maaf secara terbuka di Facebook beliau sendiri hari ini. Di dalam video tersebut beliau menerangkan kenapa dia berkata sedemikian sehingga menaikkan amarah orang melayu.

Beliau juga menjelaskan tentang siapa Nor Lizah, menurut beliau wanita bernama Nor Lizah ini tiada kaitan langsung dengan pihak JAKEL mahupun keluarga. Menurut info, Nor Lizah memberitahu bahawa akaun dia sendiri digodam dan dia sendiri tidak tahu menahu tentang isu ini dan beliau juga mengaku tiada kaitan dengan JAKEL. Pihak Nor Lizah telah membuat laporan polis untuk siasatan.

Di dalam video tersebut beliau memohon maaf dan tidak berniat untuk menghina orang melayu tetapi ada segelintir yang telah mengapi apikan perkara tersebut.

Beliau adalah melayu dan dalam sijil kelahiran beliau juga tertulis melayu. Bersekolah dari kecil hingga besar dan berkawan dengan orang melayu, masakan dia tergamak untuk mengeji orang melayu yang dia tahu bahawa orang melayu yang menolong perniagaan JAKEL.

Beliau juga menyeru supaya jangan menghentam keluarga dia yang lain terutama arwah ayah dia kerana dia sudah tiada. Dia sanggup terima kecaman tetapi mestilah pada dia sendiri dan bukan pada ahli keluarga lain dan pada perniagaan JAKEL

Jom tengok ..

Artikel By: Viddy Media

Tidak dibenarkan salin semula tanpa kebenaran. Laporan hakcipta akan dibuat sekiranya salin semula dibuat.

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*