Isteri Long Tiger Akhirnya Bersuara. Ini Permintaan Dia Untuk Semua Yang Mencari Long Tiger

Sebelum ini kisah L0ng Tiger pernah menjadi bualan wargamaya apabila kelantangannya di media sosial banyak menimbulkan k0ntr0versi.

Beliau yang berusia 31 tahun dan merupakan pemastautin sementara dari Myanmar itu turut dikatakan mengetuai pertubuhan Melayu dan mempunyai ramai pengikut di sekitar Bukit Gambir, Johor.

Gara-gara kelantangannya itu sedikit demi sedikit latarbelakang dan salasilahnya di korek wargamaya sehingga menyebabkan isu berkaitan dirinya menjadi bualan hangat di laman sosial.

Long Tiger direman lima hari

Oleh kerana terdapat banyak desakan daripada orang awam, pihak p0lis terpaksa mengambil tindakan dan membuka kertas siasatan sehingga menyebabkan beliau ditahan.

Perkara ini sedikit sebanyak memberi kesan kepada keluarganya sehinggakan isterinya baru-baru ini mengeluarkan kenyataan agar beliau diberi ruang dalam menghadapi ujian yang amat berat di bulan Ramadhan.

“Cukup2 lah PM fb saya cakap bukan2, sampai ada yang mendoakan yang bukan2 untuk anak saya. Anak saya tak bersalah, dia kecik lagi, dia baru nak kenal dunia”

“Walau macam mana pun sy masih tak malu mengaku suami sy sebagai suami sy, buruk mana pun dia syurga sy tetap dibawah telapak kaki dia”, katanya melalui akaun fb Nur Kasih.

Tambahnya lagi, Restoran Abang Viral itu lah satu-satunya punca rezeki beliau anak beranak dan berharap agar tiada pihak yang bertindak untuk menyekat rezekinya.

“Saya memang takde hak nak halang sesiapa untuk b0ik0t restoran saya, rezeki ajaI dan jodoh semua telah ditetapkan. Saya masih ada anak kecil yang mahu dibesarkan, berhentilah beri tekanan kepada kami”, tambahnya lagi.

Beliau turut memohon kemaafan daripada semua pihak yang terkesan akibat kekhilafan beliau dan suaminya selama ini dan mendoakan semua agar berada dalam rahmat dan lindungan Allah SWT.

Baru-baru ini beliau turut mengongsikan sebuah video yang memaparkan kenangan antara mereka berdua yang sedikit sebanyak menyentuh perasaan penonton.

Ramai yang memberi sokongan dan mendoakan agar beliau terus tabah menjalani kehidupan yang penuh liku.

“just nak bagitau org yg kcam kat komen tu semua adalah ahli syurga .. yg hlna anak kecik dia tu adalah ahli syurga .. mereka tu paling sempurna .. mereka tu tak ada sebesar zarah pun d0sa .. Kan ALLAH bagi mereka buat kerja Allah untuk hkum manusiaa .. so wahai bini dgn anak kecik long tiger .. korang sekeluarga je ahli neraka .. mereka semua tu ahli syurga”, tulis Balquies Faeez.

Diharapkan isteri Long Tiger terus tabah menghadapi dugaan yang mendatang. Kepada mereka diluar sana, Long Tiger telah menerima hkman akibat perbuatannya, janganlah kerana suami, anak dan isterinya turut dihukm.

Sumber : KitaSteady

Be the first to comment on "Isteri Long Tiger Akhirnya Bersuara. Ini Permintaan Dia Untuk Semua Yang Mencari Long Tiger"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*