Hari Pertama PKPB Dah Ada Yang Gatal Tangan Dalam Tren LRT. Pihak Rapid KL Tampil Luah Rasa Kecewa

Hanya separuh penumpang daripada kapasiti sebenar dalam pengangkutan awam dibenarkan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi memastikan penjarakan sosial dipatuhi orang ramai.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata garis panduan itu terpakai untuk pengangkutan awam membabitkan bas, dan tren termasuk Transit Aliran Ringan (LRT) serta Transit Aliran Massa (MRT).

“Esok kakitangan awam dan swasta akan mula bertugas dan semua perkhidmatan pengangkutan awam akan mula beroperasi seperti sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi memudahkan perjalanan warga kerja ke tempat kerja masing-masing.

“Namun pengguna dan pengendali perkhidmatan diingatkan supaya sentiasa mematuhi garis panduan ditetapkan kerajaan seperti penjarakan sosial dalam kenderaan awam dan kebersihan diri dipatuhi.

Pemeriksaan suhu sebelum dibenarkan naik tren

“Bagi pengangkutan awam, jumlah penumpang dihadkan separuh daripada keseluruhan kapasiti sebenar. Sebagai contoh jika bas boleh memuatkan 40 penumpang maka kenderaan itu hanya boleh mengambil 20 penumpang sahaja sewaktu PKP.

“Begitu juga LRT atau MRT hanya boleh bawa separuh daripada jumlah yang dipenuhi dalam setiap gerabak, manakala bagi tempat untuk berdiri juga akan ditanda seperti di dalam lif, ” katanya dalam sidang media harian PKP, di Putrajaya, di sini hari ini.

Ketika ditanya berhubung pemantauan bagi memastikan garis panduan dipatuhi oleh penumpang dan pengendali perkhidmatan pengangkutan awam, Ismail Sabri berkata, keutamaan akan dilaksanakan membabitkan pemantauan terhadap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) itu.

Penjarakkan sosial ketika menunggu tren tiba

Pemantauan terhadap pengangkutan dan tempat awam akan ditambah menggunakan semua anggota beruniform iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).

“Apabila perkhidmatan pengangkutan awam dibuka, sebagai contoh mungkin ada RELA akan berada dalam gerabak MRT untuk kawal pematuhan, …yang lebih terperinci akan ditentukan.

Baru Beberapa Jam Start PKPB, Ada Orang Dah Koyakkan Poster Penjarakan Sosial

Seperti yang ramai jangkakan, ada orang yang degil dan tak nak patuh arahan yang telah ditetapkan dan mungkin sebagai protes, orang tersebut telah mengoyakkan poster “jarak sosial” dari tempat duduk yang ditampal di atas kerusi.

Rapid KL telah memuat naik gambar ini ke Facebook dan menyuarakan rasa khuatir mereka dengan perbuatan tak bertanggungjawab ini.

Poster ini ditampal untuk keselamatan. Tolong beri kerjasama dengan kami dan jangan koyakkan. #KitaJagaKita”

Mereka turut meminta orang ramai untuk lebih bertanggungjawab dan patuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Pun begitu, Rapid KL telah pun memadam posting ini di laman Facebook mereka.

Sumber : BHARIAN ONLINE / LOBAK MERAH

Be the first to comment on "Hari Pertama PKPB Dah Ada Yang Gatal Tangan Dalam Tren LRT. Pihak Rapid KL Tampil Luah Rasa Kecewa"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*