Dihalau Pak Guard Jakel Kerana Parking Motor Kapchai Depan Gedung Jakel. Kerana Tidak Puas Hati Balik Ambil Ferarri Dan Boss Jakel Datang Sambut

Sejak dari semalam tular di media sosial tentang JAKEL. Nama JAKEL sememangnya popular ketika masuk bulan Ramadhan. Tetapi nama yang tular adalah Muzaffar Jakel, nama beliau menjadi hangat kerana dikatakan telah memperkecilkan melayu,

Tapi kenyataan di atas telah dijelaskan bahawa semua adalah salah faham. Permohonan maaf terbuka telah dibuat tetapi netizen tetapi tidak mahu memaafkan Muzaffar Jakel.

Satu persatu kisah Jakel tular di media sosial, ada beberapa kisah daripada pekerja mereka sendiri dimana mereka dilayan teruk ketika berkhidmat bersama Jakel.

Saudara Kamarul Aishah telah memuat naik satu kisah beliau bersama isteri ketika bulan Ramadan tahun 2017. Apa yang terjadi memang beliau ingat sampai sekarang dan beliau menceritakan apa yang terjadi.

Kisah JAKEL MAMAK 786

Malam lepas buka puasa isteri aku ajak gi Jakel nak beli tudung, biasalah bulan puasa bila ko bawa kete mau 2jam cari parking maka aku naik lah motor demak sambil bonceng bini.

Sampai betul depan pintu jakel area parking (ada port baik utk motor) aku masuk terus matikan enjin. Datang pak guard terus halau kami katanya kat situ dah dikhas kan untuk kereta (macam hanat aku rasa mentang2 lah aku naik motor cam ayam).

BALIK AMBIL KERETA FERRARI

Dengan hati panas aku start motor terus balik umah.. Atas motor bini aku membebel pasal kena herdik ngan staff jakel sambil bagi idea balik umah ambik FERRARI gi balik JAKEL kita tengok siapa yang kena…(Bini aku ni kalau tak pushati lain macam skit hehehe)

Memang betul awal2 diorg ni pandang sengkek kat kami. Bila dengar jer ekzos FERRARI dr jauh dah lambai2 panggil suh parking betul2 kat depan pintu. Tak ke hawau tu.

BOSS JAKEL TURUN LEPAS DATANG DENGAN FERRARI

Saya Hanya Bekerja & Bukan Owner Jakel,Saya Mintak Maaf ...

Masa tu lah BOS JAKEL (yang viral skrg) dtg kat kereta kami layan baik2.. Ini lah kisah antara 2darjat..

Maaf lah JAKEL kami dtg hanya untuk show off pastu balik sebab tak ada tudung yang berkenan dihati….Tambah lagi bini aku sekali dia dah bengang tiada maaf bagi mu katanya. Lebih baik pakai tudung harga 10hengget. Bini aku dah BOIKOT JAKEL dari 2017

Aku pun 786 tapi tak ada lah nak kurang ajar dengan orang lain. Kaya mana pun kau, apa bangsa pun kita ADAB kena jaga. JANGAN JADI HAPRAK, SOMBONG dan ANGKUH

Sumber : Kamarul Aishah

Artikel By : Viddy Media

 

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*