Baru Nak Merasa Kebebasan Dah Ditangkap Balik. Polis Tangkap Semula Long Tiger Dan Ini Sebabnya

Lelaki Rohingya dikenali sebagai ‘Long Tiger’ yang sebelum ini mencetuskan kontroversi kerana dipercayai memfitnah pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tangkak, ditahan semula oleh polis di Muar, petang semalam.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata penahanan itu dibuat di IPD Muar kira-kira 5.45 petang sejurus selepas Long Tiger atau nama sebenarnya Abdul Hamim Ab Hamid, 34, dibebaskan daripada tahanan reman yang membabitkan siasatan kes fitnah.

SEBAB KENAPA LONG TIGER DITANGKAP SEMULA

Long Tiger direman lima hari

“Long Tiger telah ditangkap semula bersabit satu lagi kes baharu yang dilaporkan di daerah Tangkak membabitkan elemen pemerasan.

“Permohonan reman terhadapnya dibuat mengikut peruntukan Seksyen 11 Kanun Prosedur Jenayah dan majistret telah membenarkan tahanan reman selama tiga hari bermula hari ini hingga Selasa (5 Mei),” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Ayob Khan menambah kes baharu itu akan disiasat di bawah Seksyen 388 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan juga boleh dikenakan denda atau sebatan.

Beliau menegaskan tindakan diambil pihak polis itu adalah mengikut peruntukan undang-undang dan orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi memandangkan kes masih dalam peringkat siasatan.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay (kanan). - foto BERNAMA

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay (kanan).

Semalam, permohonan pihak polis untuk menyambung reman terhadap Long Tiger bagi membantu siasatan lanjut kes fitnah ditolak oleh Majistret Zuraidah Abu Bakar kerana mendapati tiada justifikasi kukuh dikemukakan bagi menyambung tempoh tahanan reman selama lima hari yang bermula Selasa lepas berakhir semalam.

Terdahulu, Abdul Hamim ditahan di rumahnya di Muar pada 30 April lepas bagi membantu siasatan memfitnah seorang pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tangkak.

Dia menjadi bualan netizen akhir-akhir ini kerana kelantangannya sehingga menimbulkan kontroversi termasuk memfitnah pegawai polis melalui sesi siaran langsung di Facebook.

Sumber : BHARIAN ONLINE

Be the first to comment on "Baru Nak Merasa Kebebasan Dah Ditangkap Balik. Polis Tangkap Semula Long Tiger Dan Ini Sebabnya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*