Sebelum Ini Tidak Boleh Tetapi Kali Ini Boleh Untuk Lebih Dari 2 Orang Dalam Satu Kereta. Datuk Ismail Sabri Jelaskan Kenapa

Minggu pertama pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang akan bermula Isnin ini perlu digunakan majikan dan pekerja untuk menyusun strategi, merancang dan melaksanakan perubahan baharu di tempat kerja masing-masing.

Justeru, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata tidak wujud keperluan bagi mana-mana sektor untuk memulakan perkhidmatan sepenuhnya, sebaliknya perlu menumpukan kepada pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dalam sektor masing-masing dan normal baharu di tempat kerja.

DR Noor Hisham. FOTO Bernama

Dr Noor Hisham berkata, garis panduan yang disediakan Kementerian Kesihatan jelas, justeru kini adalah menjadi tanggungjawab majikan untuk melaksanakannya.

“Ini adalah tanggungjawab sosial kita dan kita memerlukan disiplin dan pematuhan sosial untuk melaksanakan SOP ini.

“Kita mesti membiasakan diri dengan normal baharu ini. Dunia sudah tidak sama lagi.

“Kita mesti belajar bahawa tindakan setiap individu memberi kesan terhadap bagaimana kita menguruskan COVID-19 dalam masyarakat. Kita perlu membiasakan dan menyesuaikan diri dengan norma baharu dalam hidup,” katanya.

Empat sekeluarga serumah boleh naik satu kenderaan

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. - Foto BERNAMA

Kerajaan membenarkan kenderaan persendirian membawa maksimum empat penumpang, dengan syarat mestilah daripada keluarga dan rumah yang sama, susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula esok.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata isu penjarakan sosial tidak timbul dalam kalangan keluarga yang tinggal serumah, justeru tiada masalah mereka menaiki kenderaan persendirian bersama.

“Mungkin ada yang cuba bawa kawan, ada yang ingkar. SOP (prosedur operasi standard) ini mesti dipatuhi dan sesiapa yang melanggarnya akan dikenakan tindakan,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Sidang Media Penuh

Sumber : BHARIAN ONLINE

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*