
Masih belum reda isu Muzaffar Jakel dikatakan memperlekehkan nama MELAYU. Walaupun beliau sudah pun memohon maaf secara terbuka, netizen masih tidak puas hati.
Bertalu talu posting dari pihak netizen meminta semua boikot produk dari Jakel. Tidak cukup dengan itu satu persatu aib syarikat gedung pakaian terkemuka disiarkan. Beberapa individu tampil menceritakan kisah pahit ketika mereka masih bekerja dengan syarikat Jakel
Pihak JAKEL Memohon MAAF
Hari ini satu posting video telah dimuat naik oleh pihak JAKEL sendiri dimana Datuk Mohamed Faroz Bin Mohamed Jakel selaku Pengarah Urusan Kumpulan Jakel telah membuat permohonan maaf terbuka.
Permohonan maaf tersebut adalah bagi pihak adiknya Muzaffar Jakel di atas posting sebelum ini sehingga menyinggung ramai MELAYU.
Datuk Mohamed Faroz menyatakan bahawa beliau telah pun memarahi adiknya sendiri walaupun kenyataan adiknya telah di salah ertikan.
Beliau juga memberitahu individu bernama Nor Lizah tiada kaitan dengan pihak Jakel. Kenyataan Norlizah seakan akan menyokong kenyataan Muzaffar Jakel menkritik orang melayu dan ini tidak benar.
Datuk Mohamed Faroz memberitahu tidak pernah terlintas di fikiran beliau menghina pelanggan mereka terutama orang melayu kerana beliau tahu rezeki mereka ada di atas sokongan 100% orang melayu sendiri.
Dengan permohonan terbuka dari pihak JAKEL, beliau berharap rakyat mampu memaafkan kekhilafan mereka. Beliau meluahkan rasa sedih dan terkilan.
Respond Netizen terhadap permohonan maaf
Rata rata netizen tidak menerima permohonan maaf dari pihak JAKEL.
Apa pendapat anda? Haruskah kita menerima permohonan maaf sempena bulan baik bulan Ramadan Al Mubarrak ini? Keputusan di tangan anda sendiri
Sumber : The Tular
Leave a Reply