DG Hisham Beritahu ‘Lokasi’ Paling Selamat Untuk Semua Orang Ketika Musim C0VlD19 Ini

“APA yang penting sekarang ini tempat paling selamat ialah di rumah,” itu saranan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Justeru, Dr Noor Hisham berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menasihatkan semua rakyat Malaysia yang tiada keperluan penting untuk keluar rumah, sila duduk di rumah sebab itulah tempat yang paling selamat.

Beliau berkata, sekarang ini adalah tempoh menyeimbangkan maqasid syariah antara kesihatan dengan ekonomi.

“Sekarang (menerusi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat) kita buka untuk ekonomi. Kita harap ekonomi boleh berjalan.

“Tetapi mereka yang pergi kerja pastikan patuh kepada SOP KKM. Itu penting, sebab virus ini akan berada di komuniti kita untuk masa yang panjang.

DR Noor Hisham. FOTO Bernama

“Selagi kita tak dapat vaksin, mungkin dalam tempoh setahun atau setahun setengah kita kena hidup dengan virus. Persoalannya bagaimana kita uruskan virus berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media harian Covid-19 di Putrajaya hari ini.

Dr Noor Hisham meluahkan keyakinan bahawa negara boleh mengawal penularan virus Covid-19 dengan kerjasama kukuh dan padu rakyat Malaysia.

“Pematuhan dan tanggungjawab sosial sangat penting bagi memutuskan rangkaian jangkitan Covid-19.

“Matlamat KKM bukan hanya untuk meratakan lengkung tetapi juga memastikan penyakit itu dapat dikawal untuk tempoh yang lebih lama. Kita harap boleh lagi mengawal dan KKM akan meningkatkan fasiliti,” katanya.

Apa yang membezakan Malaysia dengan negara tertentu lain, beliau berkata, mereka turut membuka sempadan apabila melonggarkan sekatan.

Menurutnya, kawalan sempadan tetap diperketatkan selain KKM masih memantau Cov19 dalam masyarakat dengan setiap hari melihat kepada lokaliti dan juga kumpulan sasar.

Sumber : HMETRO ONLINE

Be the first to comment on "DG Hisham Beritahu ‘Lokasi’ Paling Selamat Untuk Semua Orang Ketika Musim C0VlD19 Ini"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*