Malaysia Hari Ini Umum Kelonggaran PKP Tetapi Semalam Amerika Syarikat Hadapi Saat Sukar Selama 3 Hari Berturut

Kerajaan akan melaksanakan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) dengan sebahagian besar aktiviti ekonomi dan sosial dibenarkan mulai 4 Mei ini, kata Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata langkah itu susulan dua daripada enam strategi dan perancangan kerajaan dalam memerangi wabak iaitu ketegasan dalam tindakan mengawal Covid-19 dan membina ketahanan melalui Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin telah membuahkan hasil.

“Kita telah bersedia untuk memulakan pendekatan ketiga, iaitu membuka semula aktiviti ekonomi di seluruh negara secara terkawal dan berhati-hati. Dengan ini kerajaan akan melaksanakan perintah kawalan pergerakan bersyarat atau PKPB,” katanya dalam perutusan khas Perdana Menteri sempena Hari Pekerja hari ini.

Bagaimanapun, tegasnya aktiviti melibatkan perhimpunan ramai dan mendedahkan orang awam kepada risiko jangkitan wabak masih tidak dibenarkan.

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata hampir semua sektor ekonomi dan aktiviti perniagaan dibenarkan beroperasi bermula Isnin ini.

Perdana Menteri berkata, bagaimanapun kebenaran beroperasi itu tertakluk kepada prosedur operasi standard yang ketat.

“Saya katakan hampir semua (sektor ekonomi dan aktiviti perniagaan) kerana ada kategori perniagaan yang tidak diizinkan beroperasi.

“Ini antaranya membabitkan karaoke, kelab malam, taman tema, bazar Ramadan dan Aidilfitri dan sebagainya,” katanya

COVID-19: Lebih 2,000 kema-tian dalam tempoh 24 jam di Amerika

Seorang lelaki dibawa ke Hospital NYU Langone, New York City untuk diberikan rawatan. Amerika Syarikat mencatatkan lebih daripada 2,000 kematian akibat wabak COVID-19 dalam tempoh 24 jam untuk hari ketiga berturut-turut. - Foto AFP

Amerika Syarikat mencatatkan lebih daripada 2,000 kema-tian akibat wabak COVID-19 dalam tempoh 24 jam untuk hari ketiga berturut-turut, menurut rekod yang dilaporkan oleh Johns Hopkins University.

Negara itu yang paling teruk dilanda wab4k dari segi jumlah k0rban sudah mencatatkan sebanyak 2,053 kema-tian, semalam selepas 2,502 kema-tian direkodkan pada Rabu dan 2,207, Selalu lalu

Menurut universiti itu yang berpusat di Baltimore, menyatakan sekurang-kurangnya 62,906 orang kini dilaporkan terk0rban di Amerika Syarikat.

ANGKA TERKINI DI AMERIKA SYARIKAT

data diambil dari google pada 1/5/2020 12.50pm waktu tempatan

Sumber : Malaysia Kini / BHARIAN ONLINE

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*