Perdana Menteri Akan Buat Satu Pengumuman Yang Akan Melegakan Hati Ramai Rakyat Malaysia

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dijangka membuat pengumuman untuk melonggarkan kekangan perintah kawalan pergerakan (PKP) semasa menyampaikan ucapan secara langsung pagi esok.

Muhyiddin dijadual membuat ucapan sempena Hari Buruh jam 11 pagi.

Antara perkara yang dijangka diumumkan oleh Muhyiddin, lapor China Press, ialah kelonggaran larangan buat sektor perniagaan, selain lebih banyak kebenaran untuk beroperasi bagi perniagaan lain mulai Isnin depan.

Untuk membolehkan mereka menyambung operasi, lapor portal tersebut, mereka perlulah mematuhi garis panduan ditetapkan Kementerian Kesihatan bagi mengelak jangkitan Covid-19.

Langkah itu termasuklah memeriksa suhu badan pekerja, memeriksa simptom dan penjarakan sosial.

“Kegagalan mematuhi peraturan berkenaan akan membolehkan operasi mereka diberhentikan,” kata laporan berkenaan.

Memetik sumber, laporan berkenaan berkata, kebenaran itu tidak termasuk untuk syarikat yang menyediakan kemudahan rekreasi.

Pantau situasi terlebih dulu

Malaysiakini

“Bidang seperti pawagam, pub dan kelab malam tidak dibenarkan lagi untuk menyambung operasi,” katanya.

Sumber itu juga memberitahu kerajaan juga tidak akan melanjutkan tempoh PKP yang kini memasuki fasa keempat dan berakhir pada 12 Mei ini.

Sebaliknya, kata sumber yang tidak didedahkan itu, kabinet akan meneliti perkembangan wabak tersebut dan melonggarkan sekatan yang ada mengikut keadaan semasa.

“Kerajaan mahu melihat lebih banyak sektor meneruskan kerja. Ia adalah pihak huluan dan hiliran, termasuk yang membekalkan peralatan, bagi memulihkan ekonomi,” kata sumber tersebut.

Bagaimanapun, katanya, sekolah akan terus ditutup buat masa ini.

“Ia perlukan perbincangan teliti. Kerajaan mahu memantau situasi yang ada untuk dua minggu lagi.

“Mereka akan mendapatkan pandangan pemegang taruh dan merumuskan garis panduan. Justeru, ada kemungkinan akan dibuka semula pada awal atau pertengahan Jun,” katanya.

Sumber : Malaysia Kini

Be the first to comment on "Perdana Menteri Akan Buat Satu Pengumuman Yang Akan Melegakan Hati Ramai Rakyat Malaysia"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*