Nora Danish Dapat Keluar ‘Dating’ Berdua Dengan Suami. Ini Luahan Gembira Nora Danish

Apabila pengumuman di buat oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin tentang kelonggaran keluar berdua, ramai yang gembira.

Mungkin masalah salah membeli barang oleh sang suami dapat dielakkan, dan mungkin kesukaran si isteri untuk mengangkat barangan berat dapat dikurangkan.

Rata-rata menyambut baik pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri termasuklah kepada pelakon jelita Nora Danish.

Dalam satu entri di Instagramnya, Nora Danish berkongsi sekeping gambar di dalam kereta bersama suami tercinta, Nedim Nazri.

“Bila kerajaan dah bagi kelonggaran boleh keluar berdua. Ya Allah seronoknya rasa.

“Walaupun beli barang dapur. Thank you PM,” tulis Nora pada entri tersebut.

Rata-rata peminat bersetuju dengan apa yang ditulis oleh Nora Danish tersebut, malah ada yang gembira kerana dapat dihantar ke tempat kerja oleh suami.

Walaupun diberi kelonggaran oleh pihak kerajaan, rakyat seharusnya terus memastikan normal baru diamalkan. Pastikan jarak anda, pakai penutup mulut, gunakan hand sanitizer dan tentunya mandi dan bersihkan diri setelah pulang ke rumah.

Nora Danish berkahwin dengan Nedim Nazri pada tahun 2017 dan dikurniakan dengan seorang cahaya mata lelaki Mohamed Neqayl Nedim.

Sumber : GEMPAK

Be the first to comment on "Nora Danish Dapat Keluar ‘Dating’ Berdua Dengan Suami. Ini Luahan Gembira Nora Danish"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*