Rakyat Pelik Kenapa Mufti Perlis, Dr Maza Boleh Bergambar Dengan Ustaz Abu Syafiq. Dr Maza Jelaskan Semuanya

Hangat diperkatakan mengenai Ustaz Abu Syafiq, nampaknya muncul pula kontrov3rsi baru diantara pendakwah bebas itu dengan penceramah bebas dan personaliti TV, Amin Idris sehingga didakwa kes itu bakal dibawa ke mahkamah.

Tidak cukup dengan itu, Abu Syafiq juga ada mengungkit kisah lama dengan bekas perdana menteri Najib Razak selepas Najib memuat naik satu video lama Abu Syafiq menyindir dia mengenai slogan ‘Malu Bossku’.

Kali ini Ustaz Asri atau lebih dikenali Dr Maza pula berada dalam ‘radar’ Ustaz Abu Syafiq. Beberapa keping gambar tular di media sosial dimana kelihatan Dr Maza dan Ustaz Abu Syafiq bergambar bersama. Dr Maza jelaskan apa yang terjadi ketika itu.

KENAPA DR MAZA BERGAMBAR DENGAN ABU SYAFIQ?

Beberapa orang bertanya saya, mengapa ada gambar saya dengan Abu Syafiq? Apa hubungan saya dengan Abu Syafiq? Bukankah Abu Syafiq itu suka mencerca dan pelbagai lagi? Kenapa Dr MAZA boleh bergambar dengan beliau?!!

Mungkin yang bertanya bersalah sangka seolah saya bersahabat dengan beliau itu. Saya sebenarnya malas nak menjawab pertanyaan tersebut apatahlagi di Bulan Ramadan ini. Namun untuk mengelakkan salah sangka, saya terpaksa menjelaskan di sini.

Gambar itu diambil pada tahun 2016. Setelah bertahun-tahun lamanya Abu Syafiq mencerca, memfitnah dan memaki saya. Bagi saya, cercaan, fitnah dan makiannya itu jika dicampakkan ke dalam sungai akan mati ikan-ikan di dalamnya. Saya sabar dalam tempoh yang agak lama serta memohon pertolongan ALLAH.

Sehinggalah akhirnya beliau bersetuju berdebat dengan al-Fadhil Ustaz Salman Ali di Perlis. Ternyata perdebatan itu tidak berpihak kepadanya. Fitnah yang dia lemparkan juga, gagal dijawab. Saya mencadangkan netizen yang berminat menonton sendiri rakaman debat tersebut.

Selepas debat tersebut beliau meminta untuk berjumpa dengan saya. Atas dasar dakwah dan sikap berlapang dada, saya menerima kedatangan beliau dan menjemput beliau makan. Harapan saya ketika itu, beliau tidak lagi mencerca dan memaki hamun orang lain yang berbeza pandangan.

Saya santuni sebaiknya kerana dakwah dan menjaga hubungan sesama muslim. Namun, selepas itu, hal yang sama tetap berulang.

Isu beliau dengan Saudara Ebit Liew adalah rantaian sikap beliau kepada orang-orang yang beliau tidak bersetuju. Dukacitanya beliau menggunakan nama Ahlus Sunnah wal Jamaah sedangkan Ahlus Sunnah wal Jamaah yang sebenarnya tidak demikian.

Saya sedih dengan sikap beliau itu. Namun, saya percaya ALLAH akan memberikan petunjuk kepada sesiapa yang DIA kehendaki dan menyesatkan siapa yang DIA kehendaki. Urusan ALLAH kita tidak tahu.

Kalau boleh saya enggan lagi mengungkapkan nama beliau, kerana itu hanya menimbulkan perkara yang tidak baik di jiwa. Namun saya bimbang ada yang salah faham atas gambar tersebut.

Sila lihat post sebenar gambar tersebut agar dapat fahami konteks gambar tersebut.

https://www.facebook.com/DrMAZA/posts/10154760843257990?__xts__%5B0%5D=68.ARAamNZyR4PsTyjrLsFpa48Z4vb57QyU8yshHSdr45pQyCZgCx8Qo_jawlfULiaPRh6MayCleegu6OkZbbajyGI5bCtaWQXAyDa2WVQSfx9qahpT5qjqfc_mzM1Fd0pn34BJZ1Uy_LR2NPhhaKLbGluj3HA7pEilO3L-Q4xQKNxhG0I1l2uUF7V0vhY3Mzl-5Zhay0p0m50Zn3Gpfxl4b5Cquzg9sEqLT1aVjZ_BbNEQahVJGJaI4wEABzNYCRn_i9csn7qUQn-4AHvx9dhh6233ZRrpjkOlFk-7vyIi3XWBoN4AlIgTmoQKV5ZoQsKfHkiuNYnrONkqVZu1M3L3kBOMyqKeYDZBoMpxMMyP1mAA19J18FOTF3KDAmDNkArOV1ysVfU-KYvMaTGObnONmivk6cDs4Rg4FDYHZSxZ9D29xTOiUDC5w-oSUStJ2hx9OCUzHlvrR41ksF7QcmrxUmYs66COh5y623Z2pkaFvCQlHA&__tn__=K-R

Sumber : Dr Maza

 

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*