Inspektor Polis Mengaku Tidak Bersalah Mer0g0l 2 Wanita Mongolia. Ini Arahan Mahkamah Kepada Dia

Pegawai polis berpangkat Inspektor yang dituduh memperdagangkan dua wanita Mongolia di Mahkamah Sesyen Klang hari ini, akan dituduh di Mahkamah Petaling Jaya esok atas kesalahan mero-gol dan mencabul.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal, berkata suspek akan menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 376 (2) (f) Kanun Keseksaan dan Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

“Polis sudah mendapat arahan daripada Timbalan Pendakwa Raya (DPP) untuk menuduh suspek di Mahkamah Petaling Jaya, esok.

“Suspek akan menghadapi enam pertuduhan mengikut Seksyen 376 (2) (f) Kanun Keseksaan dan satu pertuduhan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mero-gol dan mencabul mangsa pertama,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Selain itu, katanya suspek turut menghadapi dua pertuduhan mengikut Seksyen 376 (2) (f) Kanun Keseksaan kerana mero-gol mangsa kedua.

Hari ini, suspek dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di Klang, atas dua pertuduhan memperdagangkan dua wanita Mongolia berkenaan.

MENGAKU TIDAK BERSALAH

Tertuduh, Hazrul Hizham Ghazali, 30, mengaku tidak bersalah sejurus kedua-dua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Tasnim Abu Bakar.

Tasnim menetapkan ikat jamin RM10,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin dan tertuduh perlu menyerahkan pasport antarabangsanya jika ada dan melaporkan diri di balai polis berhampiran pada setiap awal bulan.

Tasnim menetapkan tarikh 17 Jun depan sebagai tarikh sebutan kes dan serahan dokumen.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 13 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 (Akta 670).

Tertuduh ditahan pada malam 11 April lalu dan direman lima hari untuk membantu siasatan.

Sumber : BHARIAN ONLINE

Be the first to comment on "Inspektor Polis Mengaku Tidak Bersalah Mer0g0l 2 Wanita Mongolia. Ini Arahan Mahkamah Kepada Dia"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*