“Mesti Rasa Tenang Sahaja” Ashraf Muslim Dedahkan Aktiviti Pesakit C0VlD Yang Sama Wad Dengan Dia

Pelakon Ashraf Muslim tersentuh melihat para pesakit COVID-19 membaca Al-Quran dengan tenang di wad hospital yang sama dengannya.

Menurut Ashraf, kebanyakan pesakit di situ menganggap penyakit COVID-19 adalah satu asbab untuk mereka lebih mendekatkan diri kepada Allah SWT.

“Hari ini saya tersentuh hati bila melihat kesungguhan mereka membaca Al-Quran dalam keadaan mereka semua adalah pesakit COVID-19 yang cukup digeruni dan ditakuti.

“Tapi mereka di sini sungguh tenang melalui segala macam di sini, bagi mereka COVID-19 adalah asbab untuk Allah uji keimanan seseorang itu,” tulis Ashraf di Instagram.

Dalam pada itu, Ashraf turut mengajak orang ramai untuk sentiasa membaca Al-Quran dan berdoa kepada Tuhan.

“Rakan-rakan marilah kita penuhi masa dengan membaca dan mendekatkan diri dengan Al-Quran, dan berdoalah sepuas-puasnya.

“Insya-Allah, Allah akan bantu kita semua, percayalah kawan-kawan,” tulisnya lagi.

Perkongsian itu mendapat perhatian dari para pengikut Ashraf di ruangan komen.

Rata-rata mereka meninggalkan respon positif dan memuji kecekalan Ashraf ketika berada di hospital.

https://www.instagram.com/tv/B_hPFRyjKJH/?utm_source=ig_embed

https://www.instagram.com/p/B_jLCQdDRCV/

https://www.instagram.com/p/B_j4tsHjTLz/

Terdahulu, Ashraf telah disahkan positif COVID-19 selepas pulang menjalani penggambaran drama bersiri bersama Puteri Aishah dan Ben Amir di Scotland hujung bulan lalu.

Ashraf mula dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh pada 12 April lalu dan masih menjalani rawatan di sana.

Sumber : GEMPAK

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*