Air Asia Akan Mula Beroperasi Semula. Ada Kakitangan Air Asia Yang Dipotong Gaji

AirAsia menyambung semula penerbangan domestik bermula di Malaysia hari ini, diikuti beberapa negara lain di Asia Tenggara.

Syarikat penerbangan tambang rendah itu berkata, penyambungan penerbangan akan diikuti Thailand pada 1 Mei, Filipina (16 Mei 2020) dan Indonesia (7 Mei 2020), tertakluk kepada kelulusan oleh kerajaan negara ia beroperasi.

“Perkhidmatan ini mengikuti peraturan pihak berkuasa dengan kawalan kesihatan yang ketat dan mengamalkan protokol penjarakan sosial.

“Penyambungan semula penerbangan ini adalah untuk beberapa laluan domestik terpilih, manakala penerbangan ke destinasi antarabangsa akan disambung semula secara berperingkat, apabila keadaan bertambah baik dan sehingga sekatan perjalanan ditarik balik oleh kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan di Sepang, hari ini.

Pengerusi Eksekutif Kumpulannya, Datuk Kamarudin Meranun, berkata AirAsia bekerjasama secara aktif dengan semua pengawal selia, kerajaan tempatan, pihak berkuasa penerbangan awam dan kesihatan.

“Tak Dapat Nak Cuci Mata Dah” - Syarikat Penerbangan Ini Cipta Sut PPE Sendiri Untuk Kegunaan Kru Kabin

Katanya, syarikat itu juga mematuhi garis panduan daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Organisasi Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) untuk memastikan standard tertinggi dalam setiap penerbangan.

“Kami menasihatkan tetamu untuk memakai topeng muka dan mengamalkan langkah perlindungan yang disyorkan secara universal termasuk penjarakan sosial dan menjaga kebersihan diri di tahap tertinggi.

“Semua pesawat kami dilengkapi dengan Penapis Udara Kecekapan Tinggi (HEPA) dan akan melalui prosedur pembasmian kuman secara menyeluruh selepas setiap penerbangan,” katanya.

Mengenai perniagaan, Kamarudin berkata, AirAsia juga meneruskan usaha mempelbagaikan pendapatan dengan mengembangkan perniagaan digital dan sampingan seperti Santan, Teleport dan BigPay.

Katanya, fleksibiliti menjadi kunci model perniagaan syarikat kerana asas yang kukuh dan hubungan erat dengan pembekal membolehkan ia kembali terbang.

“Kami tidak berhasrat untuk menerima pesawat baharu pada tahun ini dan mensasarkan untuk mengakhiri tahun 2020 dengan 242 pesawat, kurang sebuah pesawat dari tahun lalu.

“Keputusan untuk menjual dan menyewa pesawat pada akhir tahun 2018, telah memberikan fleksibiliti yang lebih besar kepada kami untuk mengurangkan pertumbuhan daripada memiliki pesawat baharu pada hari ini.

“Kami juga telah mendapat harga terbaik untuk pesawat berkenaan dalam keadaan pasaran utama sambil menyingkirkan risiko baki dalam memiliki pesawat,” katanya.

Beliau menjelaskan, AirAsia turut menyusun semula sebahagian besar lindung nilai bahan bakar dengan pihak yang menyokongnya dan masih dalam proses untuk menyusun semula baki selebihnya.

POTONG GAJI KAKITANGAN KANAN AIR ASIA

Katanya, strategi itu akan membantu mengatasi kelebihan jumlah lindung nilai berbanding jangkaan penggunaan bahan bakar selepas COVID-19 dan mengurangkan kerugian lindung nilai jika harga bahan bakar tetap pada harga terkini.

“Selain itu, kami melaksanakan langkah dalam mengurus dan membiayai kos termasuk pemotongan gaji pihak pengurusan dan kakitangan kanan Kumpulan AirAsia secara sukarela, rundingan semula kontrak dan menangguh semua perbelanjaan yang tidak penting.

“Kami berharap semua inisiatif ini dapat mengurangkan kos sekurang-kurangnya sebanyak 30 peratus pada tahun 2020 berbanding tahun lalu,” katanya.

Be the first to comment on "Air Asia Akan Mula Beroperasi Semula. Ada Kakitangan Air Asia Yang Dipotong Gaji"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*