Najib Razak Throwback Dia Pernah Kena ‘Sound’ Dengan Ustaz Abu Syafiq Pada 2019. Tiba Tiba Abu Syafiq Respond

Hari ini Najib Razak memuat naik satu posting mengenai Abu Syafiq di laman facebook beliau berserta video Abu menyindir Najib sebelum ini.

Namun begitu, Abu Sayfiq pantas membidas balik Najib di IG beliau. Berikut status perkongsian mereka.

‘Malu apa bossku’ haram – pendakwah bebas

Seorang pendakwah bebas menempelak penggunaan perkataan “Malu apa bossku” – sensasi Internet yang diperkenalkan bekas perdana menteri Najib Razak.

“Malu apa bossku, haram. Sesungguhnya malu itu adalah (sebahagian) daripada iman. Kau tak ada iman ke? Apa ni?

“Sahabat ajar kita malu, ulama ajar suruh kita malu.

“Tiba-tiba kau ajar ‘malu apa bossku’ dalam ketika mana kau terpalit dengan kes jenayah, kes rompakan, kes merosakkan negara,” kata Abu Syafiq.

Dia berkata demikian dalam video yang dimuat naik di Facebooknya.

Cerita 18 Feb 2019 ini.Dulu, saya juga terkena sounding dengan dia.'Malu apa bossku' haram – pendakwah bebashttps://www.malaysiakini.com/news/464559

Posted by Najib Razak on Monday, 27 April 2020

Ketika berita ini ditulis, ia telah ditonton lebih 200,000 kali.

Dia bagaimanapun tidak menyebut nama Najib secara khusus.

Dalam video 56 saat itu, Abu Syafiq juga meminta pihak yang “membawa perkataan itu” supaya bertaubat.

Dalam status berasingan dia turut menghuraikan lanjut isu itu, termasuk memetik hadis Nabi Muhammad.

Kali ini dia memberikan rujukan jelas kepada Najib dengan memuatkan lakaran gambar Najib menaiki motosikal, yang sering digunakan dalam kempen Najib.

Respond Balas Ust Abu Syafiq Kepada Najib Razak

1- Saya Ustaz Abu Syafiq mengucapkan ribuan terima kasih buat Dato’ Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak kerana masih ingatkan saya dan teguran umum saya sehinggakan DSN memuatkan video saya dalam facebook beliau. Alhamdulillah.

2- Ya, dari segi pemikiran politik individual sejak akhir sebelum PRU-14 saya memang agak berbeza dengan DSN.

PM-8 sekarang Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri pun berbeza dengan DSN bukan??

Maka sememangnya ada saling kritik mengritik disitu. Tiada masaalah asalkan ia dalam kerangka ilmiah dan hujjah.

3- Namun ada cerita antara saya dan DSN ini sebelum perbezaan idea politik tersebut. Pada 2012 DSN difitnah hebat berkaitan isu pembunuhan Altantuya.

Ketika itu berlakunya pertemuan antara ulama pondok dengan DSN di Masjid Bukit Antarabangsa. Saya bersama Agamawan Negara Al-Marhum Dato Uthman El-Muhammady hadir tanda menyokong kepimpinan DSN ketika itu sebagai PM dan menolak fitnah.

Saya langsung tidak menjadikan isu hangat yang dikaitkan antara Altantuya dan DS Najib ketika itu sebagai bahan menghentam DSN bahkan saya sehingga kini langsung tidak percaya DSN membvnuh atau arahkan bunuh AlTantuya.

Benar, hal lain ada saya kritik namun saya tidak pernah fitnah DSN pun.

4- DS seharusnya tahu bahawa Baginda Nabi pernah bersabda: “Malu itu adalah dari Iman”. Riwayat Al-Bukhari. Kerana itulah saya menegur slogan berbunyi Malu Apa Bossku yang ketika itu digunakan juga oleh kanak-kanak yang ditangkap kerana merokok dan apabila cikgu bertanya mengapa kamu merokok mereka menjawab Malu Apa Bossku!

Ia dijadikan satu slogan yang kurang baik berbanding baiknya yang dianggap wujud padahal kurang baik bercanggah dengan hadith Nabi tadi.

5- Di akhir ini saya nasihatkan DSN ada baiknya juga DSN memuatkan satu lagi video kritikan keatas DSN serta persoalan pedas TS Muhyiddin Yassin keatas DSN ketika beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri bawah DSN tika itu berkaitan 1MDB.

Beliau kritik DSN dan sound kaw-kaw keatas DS Najib secara terang-terangan.
Beliau kini PM keatas DSN dan PM keatas saya. Sila ingat-ingatkan semula video TSMY tu ye!

Wassalam.

Abu Syafiq sebelum ini menerima cemvhan bertubi-tubi sehingga mendakwa bahawa akaun FB beliau telah di g0dam.

Ini setelah laman itu meninggalkan komen yang mengkafi1rkan seorang lagi pendakwah bebas, Ebit Lew, berdasarkan gambar tangkap layar laman berkenaan hari ini.

“Penting. Page Facebook saya kena godam. Ustaz Abu Syafiq Al-Asy’ary atas nama Ustaz Abu Syafiq Al-Asy’ary.

“Harap maklum. Saya Ahli Sunnah wal Jamaah, tidak kafi1rkan orang Islam. Harap maklum,” kata Abu Syafiq dalam satu teks pesanan kepada Malaysiakini

Namun begitu, apa yang menjadi persoalan netizan, jika betul akaun beliau dig0dam, pastinya ada bukti notifikasi dari FB seperti email menunjukkan akaun tersebut telah di akess dari device dan tempat yang berbeza.

Menurut pakar lagi, bukan mudah untuk akaun personal di g0dam tanpa pemilik akaun tersebut tidak mengetahui atau mendapat apa-apa peringatan dari pihak FB.

Sumber: trendingsangat. pw

Be the first to comment on "Najib Razak Throwback Dia Pernah Kena ‘Sound’ Dengan Ustaz Abu Syafiq Pada 2019. Tiba Tiba Abu Syafiq Respond"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*