Fizo Omar Mempersendakan Yang Menjadi Imam Untuk Solat Sunat Terawikh. Apa Yang Dia Cakap Buat Ramai Netizen Marah

Pelakon Fizo Omar baru-baru ini memuat naik status di laman sosial Instagram (IG)nyta, berseloroh tentang ‘imam ikhlas’.

Fizo telah berkongsi paparan skrin ciapan Twitternya di IG yang bertulis, “Ramai yg jadi imam terawih secara ikhlas pada tahun ni…Dari rakaat 1 sampai 8 semuanya surah Al-Ikhlas…Ikhlas sangat kan!”

Pada ruangan kapsyen Fizo meminta pula para pengikutnya meletakkan tanda nama pasangan masing-masing.

“Cer tag dekat imam al-Ikhlas korang,” tulisnya.

Di laman sosial Twitter, gurauan Fizo mungkin boleh diterima para pengikutnya namun berbeza pula dengan reaksi followers di IG.

Mereka menganggap gurauan Fizo itu tidak menjadi dan perkara melibatkan ayat suci al-Quran bukan untuk dijadikan bahan lawak.

Ada juga warganet yang menerangkan kepada Fizo tentang fadilat membaca surah tersebut dalam solat.

Tidak kurang juga yang memerli Fizo pada ruangan komen.

“At least dapat imamkan ISTERI & ANAK-ANAK. Tak semua orang dapaat peluang ni kan?” tulis pengguna laman sosial @therealmrnsem sambil meninggalkan emoji kenyit mata.

Bagaimanapun seorang pengikut IG yang menggunakan nama @ainrazali_92 meninggalkan komen lebih berhemah kepada Fizo.

“Saja je Fizo ni nak buat lawak. Haha…Tapi sebenarnya Al-Ikhlas banyak manfaatnya. Takpelah walau Al-Ikhlas, Allah tengk usaha,” tulisnya.

Sumber : GEMPAK

 

Be the first to comment on "Fizo Omar Mempersendakan Yang Menjadi Imam Untuk Solat Sunat Terawikh. Apa Yang Dia Cakap Buat Ramai Netizen Marah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*