TMJ ‘Berjumpa’ Dengan Menteri Kesihatan Dr. Adham Baba Untuk Bincangkan 2 Isu Penting Negara

Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar ibni Sultan Ibrahim Ismail atau lebih popular dengan gelaran TMJ di kalangan rakyat Malaysia telah mengadakan satu mesyuarat dengan Menteri Kesihatan Malaysia, Dr Adham Baba.

Perkara ini dimuat naik ke laman facebook rasmi HRH Crown Prince of Johor hari ini. TMJ dengan pakaian rasmi tentera membuat video conferencing dengan Menteri Kesihatan, Dr Adham.

Apa yang dibincangkan adalah masa depan negara dan masa depan bola sepak Malaysia.

KENYATAAN PENUH

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor bermesyuarat dengan YB Datuk Seri Dr. Adham Baba, Menteri Kesihatan Malaysia berkaitan situasi pandemik Covid-19 di Malaysia dan negeri Johor.

FASILITI KESIHATAN DI SEMUA DAERAH JOHOR

Turut dibincangkan adalah keadaan hospital-hospital di seluruh negeri Johor dan keperluan untuk mempertingkatan fasiliti kesihatan di semua hospital daerah-daerah Johor.

SITUASI BOLA SEPAK MALAYSIA

Baginda turut membincangkan mengenai situasi bola sepak di Malaysia selepas Perintah Kawalan Pergerakan tamat.

JOHOR CATAT TIADA KES COVID

Negeri Johor mencatatkan sifar kes baharu Covid-19 kelmarin menjadikan kes positif kekal sebannyak 655 kes.

“Sehingga semalam juga, jumlah kes sembuh ialah sebanyak 368 kes manakala 270 pesakit masih dirawat.

“Statistik ini menunjukkan kita semakin berjaya melawan virus pandemik Covid-19 ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam perkembangan sama, Vidyananthan berkata, kerajaan negeri akan terus memastikan prosedur kemasukan warganegara Malaysia yang pulang dari Singapura akan terus dipantau melalui proses saringan yang ketat oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Imigresen Johor.

“Bermula 27 April ini, Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura telah menetapkan syarat bahawa semua rakyat Malaysia di negara itu yang berhasrat pulang perlu mendapatkan Permit Kemasukan (Entry Permit),” katanya.

Vidyananthan berkata, kesemua dokumen tersebut perlu diemelkan kepada stmsg@mhc.org.sg selewat-lewatnya dua hari sebelum tarikh memasuki negara ini.

Katanya, Permit Kemasukan akan diemelkan kepada mereka kembali dan mereka perlu menunjukkan dokumen tersebut kepada pihak Imigresen di pintu masuk darat di Johor Bahru.

Sumber : Facebook HRH Crown Prince of Johor / Sinar Harian

Artikel By: Viddy Media

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*