
Group Facebook paling popular setakat ini adalah Masak Apa Tak Jadi Hari Ini (MATJHN). Populariti group tersebut hingga masuk dalam ucapan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin baru baru ini.
Akaun itu yang mula diwujudkan pada 14 April, menjadi tular dan dalam tempoh hampir 2 minggu, pengikut akaun Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official ini, telah mencecah 1.7 juta orang setakat hari ini Isnin 27hb April 2020.
Pengasas akaun Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official Norlaila Dollah-Ahmed, 46, berkata akaun itu yang diwujudkan dengan niat hanya untuk berkongsi masakannya dan pengguna Facebook yang tidak menjadi dan beliau tidak menyangka ia akan menjadi tular sehingga turut mendapat perhatian Perdana Menteri.
“Tercetus idea untuk buat akaun ini sebab saya suka masak dan suka berkongsi resepi dalam Facebook saya, ada juga yang cuba masak ikut resepi saya tetapi tidak jadi, dan saya sendiri pun pernah masak serunding tetapi tidak jadi dan ia hangus, dari situ saya terfikir boleh dikongsi di dalam Facebook, untuk kita santai-santai bergelak ketawa waktu-waktu PKP ini.
CUBA RESEPI KEK SECRET RESEPI TAPI TAK JADI
Individu bernama Zalley Sahar memuatnaik satu posting tentang kegagalan beliau meniru kek popular Secret Resepi iaitu Coklat Indulgence. Kek yang beliau buat tidak jadi 100% sama dan setelah beliau muat naik gambar kek di group Masak Apa Tak Jadi Hari Ini ia menjadi tular dalam semalaman.
Beliau sendiri tidak menyangka bahawa posting beliau boleh menjadi tular dalam sekelip mata.
Aku dari smlm YAKIN aku mampu buat kek ni,. Tapi….. ini lah kesudahannya.. Ibu cakap, baik ko beli je dekat SR tu. Puas hati ??? At least aku cuba jugak lah.. ?? Nak menangis ke nak tergelak pun aku x tau la.. HAHHAHAHAH
Itu kata kata beliau ketika memuat naik gambar kek secret resepi yang tidak berapa jadi.
WAKIL SECRET RESEPI HUBUNGI
Tidak selepas itu beliau memberitahu bahawa seorang wakil dari kedai kek popular tersebut telah hubungi beliau dan bersimpati dengan apa yang terjadi.
Yang paling mengejutkan apabila wakil tersebut ingin menghadiahkan sebiji kek yang sama untuk menggantikan kek yang tak jadi itu.
Memang rezeki Ramadan namanya, begitu teruja Zalley Sahar dengan tawaran tersebut.
Alhamdulillah.. Disebabkan Kek Saya dah Viral tu.. Sy nak ucap terima kasih la kat page ni MATJHI ?? Dapat jugak voucher dari Secret Recipe Malaysia.. yeay!! Thank u jugak yg dah bagi komen2 positive tau..
Memang rezeki betul .. Terima kasih kepada Secret Resepi juga kerana amatlah prihatin.
Kredit: Zalley Sahar ( Facebook Masak Apa Tak Jadi Hari Ini )
Artikel By: Viddy Media
Sebarang salin semula tidak dibenarkan kecuali dengan kebenaran. Laporan hakcipta akan dibuat sekiranya terdapat salin semula artikel ini.
Leave a Reply