Caprice Pertahankan Ustaz Ebit Lew. Ini Kata Kata Pedas Caprice Kepada Ustaz Abu Syafiq

Rapper dan usahawan, Caprice menyarankan pendakwah bebas Ustaz Abu Syafiq untuk memohon maaf kepada Ustaz Ebit Lew.

Menurut Caprice, Abu telah memuat naik video menampilkan tiga individu yang sedang menyindir Ebit. Selain itu, Abu juga telah melancarkan kempen baru yang digelar ‘Projek Sedekah Ramadan Pecah Kamera’.

Caprice menyuarakan pendapatnya itu menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.

“Ustaz Abu Syafiq ada memuat naik video di Instagram, menampilkan tiga mangkuk atau cawan yang sedang perli Ustaz Ebit Lew.

“Selepas itu, Ustaz Abu lancarkan kempen baru, Projek Sedekah Ramadan Pecah Kamera, apa punya ustaz ni? yang sanggup perli ustaz lain.

“Senang cerita ustaz, hang minta maaf jela, saya faham bab minta maaf ni, saya ada pengalaman, memang susah ustaz, tapi itu semua ego,” kata Caprice dalam video tersebut.

Dalam pada itu, Caprice juga menasihati Abu untuk membuang ego dalam diri.

“Hang ambik ego tu hang buang je, ramai sangat sudah sakit hati, ada yang kecewa.

“Demi ummah, minta maaf jela, kalau Allah yang maha pengampun boleh maafkan kita manusia, apa lagi kita dengan manusia lain, lagi-lagi ustaz dengan ustaz.

“Sepatutnya, ustaz paling laju, minta maaf jela ustaz, saya kenal ustaz Ebit Lew tu, confirm dia sudah lama maafkan ustaz,” katanya lagi.

View this post on Instagram

Minta maaf je bro @ustazabusyafiq buang ego tu 😔🤲

A post shared by Caprice (@capriceofficial) on

Perkongsian itu mendapat perhatian dari para pengikut Caprice di ruangan komen.

Rata-rata mereka bersetuju dengan pendapat Caprice itu.

Sumber : GEMPAK

Be the first to comment on "Caprice Pertahankan Ustaz Ebit Lew. Ini Kata Kata Pedas Caprice Kepada Ustaz Abu Syafiq"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*