Bekas Wartawan TV3 Dapat Kebenaran Temuramah Ustaz Abu Syafiq Tentang Dia Dengan Ebit Lew. Ini Penjelasan Penuh Ust Abu Syafiq

Ryzal Ibrahim adalah bekas wartawan TV3 dan baru baru ini beliau telah memuat naik satu rakaman perbualan beliau dengan Ustaz Abu Syafiq. Rakaman tersebut telah menjadi tular di media sosial kerana dalam rakaman ini Ustaz Abu Syafiq perjelaskan tentang kontroversi Abu Syafiq dengan Ebit Lew.

Masih hangat diperkatakan mengenai isu berkenaan kerja khidmat masyarakat yang dilakukan oleh ustaz Ebit Lew telah mendapat tentangan beberapa pihak.

Antara nama yang sering dikaitkan dalam isu ini adalah Ustaz Abu Syafiq, yang didakwa memuat naik status di Facebook mempertikaikan cara ust Ebit Lew berkongsi mengenai sumbangan yang disalurkan.

Larang sebab buka aib

Bagaimana pun, Ustaz Abu Syafiq dalam satu temu bual telefon yang dibuat oleh bekas wartawan TV3, Ryzal Ibrahim, telah menjelaskan segala isu yang berbangkit kini.

Menurut Ustaz Abu Syafiq, kenyataan awalnya berkenaan menjaga aib orang miskin sebenarnya tidak ditujukan khusus kepada Ustaz Ebit Lew.

TIDAK PERNAH KENAL PUN SIAPA EBIT LEW

Namun, disebabkan kenyataan itu berpadanan dengan aktiviti kerja amal yang dilakukan oleh Ustaz Ebit, membuatkan ramai mula menyangka bahawa status tersebut di buat untuk pendakwah tersebut.

“Kenyataan saya tiada kaitan pun dengan Ebit Lew sebelum ini…saya tidak kenal dan tak pernah bercakap dengan dia…”

Akan tetapi selepas isu itu mula tular, pendakwah tersebut terus membincangkan mengenai soal cara perkongsian ustaz Ebit mengenai golongan yang menerima sumbangan dirasakan tidak menjaga aib.

“Saya tak salah…” – Ust Abu syafiq

Justeru, apabila ditanya mengenai permohonan maaf, Ustaz Abu Syafiq menyatakan ia bukanlah keperluan untuk kerana dia tidak melakukan apa-apa kesalahan.

“Saya tidak akan buat permohonan maaf, sebab saya tak buat salah…”

VIDEO PENUH

Diharapkan, perkara ini dapat diselesaikan dengan cara yang baik tanpa perlu ada permusuhan, kerana di bulan yang mulia ini tiada salahnya untuk saling bermaafan.

Sumber : Ryzal Ibrahim

Be the first to comment on "Bekas Wartawan TV3 Dapat Kebenaran Temuramah Ustaz Abu Syafiq Tentang Dia Dengan Ebit Lew. Ini Penjelasan Penuh Ust Abu Syafiq"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*