Selepas ‘Kantoi’ Bella Kahwin Balik Dengan Aliff Aziz Siap Mengandung. Bella Tampil Beri Penjelasan Kenapa Dia Rahsiakan

Sebelum ini, penyanyi Bella Astillah hanya memberi bayangan bahawa dia sudah merujuk kembali bersama bekas suaminya Aliff Aziz. Namun kini, dia telah mendedahkan bahawa dia telah merujuk kembali bersama Aliff semasa tempoh iddah. Lebih mengejutkan lagi, dia kini hamil anak kedua.

Rujuk dalam tempoh iddah

Menerusi Instagram miliknya, dia menjawab persoalan peminat berhubung hubungan dia bersama Aliff. Menurutnya, dia tidak perlu bernikah semula bersama suaminya kerana telah rujuk sebelum tamat tempoh iddah.

Sejak Dari Ogos 2019 Bella cuba elak?

Menurut Bella, sejak dari Ogos 2019 beliau sudah ditanya tetapi Bella mengelak dari menjawab. Perkara ini dimuatnaik ke dalam Insta Story Bella sendiri.

Bella tidak mahu hebahkan kerana beliau rasakan tidak penting dan kerana semua sedang dalam krisis C0Vld19. Bella harapkan netizen faham permintaan Bella.

 

Tak serik ke?

Terdapat peminat yang bertanya mengenai jika suaminya membuat masalah seperti dahulu, adakah dia tidak serik dengan perkara yang berlaku? Bella menjawabnya dengan tenang dan mengatakan dia hanya tawakal serta hanya mampu merancang sebaik mungkin. Segalanya akan ditentukan Allah S.W.T.

Tahniah Bella, jaga kesihatan

Rata-rata peminat gembira dengan berita kehamilannya dan mendoakan agar dia sentiasa sihat di sampang suami.

Sumber: Bella Astillah

Be the first to comment on "Selepas ‘Kantoi’ Bella Kahwin Balik Dengan Aliff Aziz Siap Mengandung. Bella Tampil Beri Penjelasan Kenapa Dia Rahsiakan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*