Yusuf Azmi Sedih Dengan Apa Yang Berlaku Kepada Ebit Lew. Beliau Mohon Semua Gunakan Ayat Ini Untuk Merawat Kesedihan Ustaz Ebit Lew

Niat Ustaz Ebit Lew menyalurkan bantuan untuk mereka yang memerlukan tanpa mengira bangsa dan agama dicemari dengan suara sumbang yang tidak berpuas hati dengan pendakwah itu. Atas nasihat polis, Ustaz Ebit tidak akan lagi turun padang menolong fakir miskin. Hari ini Yusof Azmi tampil memberi sokongan morla buat sahabt beliau dengan mencipta ayat dan menyeru semua untuk tag Ebit Lew

MOHON TAG NAMA USTAZ EBIT LEW

“Assalamualaikum wahai sahabat yang amat dikasihi @ebitlew ..Saya dan semua orang di malaysia menyayangi dan mencintai sahabat.. Sahabat selalu berpesan pada kami semua yang Allah sayang pada semua orang.. Yang tidak suka sahabat melakukan kebajikan mungkin 1 orang dari Jutaan Manusia.. Saya tahu sahabat sedang bersedih..Sahabat jangan risau kerana kami semua dari seluruh pelusuk jemaah SEMBOYAN di setiap negeri dan seluruh Malaysia mencintai dan menyokong sahabat.. Sahabat contoh yang baik buat kami semua..
Teruskan menjadi IKON kasih sayang kerana Allah.. Kami semua sentiasa mendoakan sahabat..”

“Mari semua buat Satu Ayat “Kami sayang dan Cinta Ustaz Ebit Kerana Allah,Allah sayang pada Ustaz Ebit Lew” Dan Tag pada beliau Mudah Mudahan merawat kesedihan beliau saat ni.. Yusuf Azmi Sayang sahabat Ustaz Ebit Lew Kerana Allah”

View this post on Instagram

Assalamualaikum wahai sahabat yang amat dikasihi @ebitlew .. Saya dan semua orang di malaysia menyayangi dan mencintai sahabat.. Sahabat selalu berpesan pada kami semua yang Allah sayang pada semua orang.. Yang tidak suka sahabat melakukan kebajikan mungkin 1 orang dari Jutaan Manusia.. Saya tahu sahabat sedang bersedih.. Sahabat jangan risau kerana kami semua dari seluruh pelusuk jemaah SEMBOYAN di setiap negeri dan seluruh Malaysia mencintai dan menyokong sahabat.. Sahabat contoh yang baik buat kami semua.. Teruskan menjadi IKON kasih sayang kerana Allah.. Kami semua sentiasa mendoakan sahabat.. Mari semua buat Satu Ayat “Kami sayang dan Cinta Ustaz Ebit Kerana Allah,Allah sayang pada Ustaz Ebit Lew” Dan Tag pada beliau Mudah Mudahan merawat kesedihan beliau saat ni.. Yusuf Azmi Sayang sahabat Ustaz Ebit Lew Kerana Allah 😭

A post shared by Yusuf Azmi (@yusufazmi_s1m) on

Reaksi Mufti Perlis

” Ebit Lew tidak perlu nak simpan dalam hati sangatlah untuk benda yang macam itu (tohmahan pihak tertentu).”

Demikian kata-kata Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang menasihatkan Ebit supaya tidak perlu menyimpan segala kritikan dan t0hmahan pihak tertentu di dalam hati sehingga boleh menjejaskan kerja yang dilakukannya selama ini.

Dr Mohd Asri juga meminta pendakwah terkenal, Ebit Lew supaya tidak menganggap ujian yang menimpanya ketika ini sebagai faktor untuk tidak lagi meneruskan kerja kebajikan.

Jika Ebit ikhlas membantu orang…

Katanya, perkara yang menimpa Ebit berkemungkinan sebagai ujian Allah bagi menambahkan kebaikannya atau untuk pembaikan di atas segala amalan yang dilakukan dahulu.

” Jika dia ikhlas membantu orang, pasti tidak ada masalah (yang timbul) dan jangan disimpan kerana di dalam dunia ketika ini memang sudah lumrahnya macam itu.

” Sudah lumrah apabila manusia melihat seseorang itu melakukan sesuatu perkara yang baik, pasti mereka akan memberikan pandangan atau kritikan.

” Malah penyanyi yang tugasnya menghiburkan orang pun tidak terlepas dari dikritik,” katanya dalam kuliah yang dirakam secara langsung di Facebook hari ini.

Semalam, Ebit menerusi hantaran di Facebook membuat keputusan untuk tidak lagi membantu secara langsung golongan yang kurang berkemampuan.

Ikhlas ini rahsia, ia bukanlah satu urusan yang perlu dicampuri

Mengulas mengenai tindakan pihak tertentu yang mempersoalkan keikhlasan Ebit, Mohd Asri berkata, sebagai manusia biasa, ia bukanlah satu urusan yang perlu dicampuri kerana ia membabitkan amalan atau niat individu dengan tuhannya.

” Orang memberikan sedekah, bukanlah urusan kita untuk mengetahui sama ada pemberi itu ikhlas atau tidak kerana itu antara dia dengan Allah.

” Ikhlas ini rahsia, jika seseorang itu ikhlas (melakukan kebajikan) dia memperoleh pahala dan jika sebaliknya dia tidak dapat pahala tetapi dapat d0sa.

” Cuma orang yang menerima bantuan itu dapatlah barangan keperluannya seperti yang diberi,” katanya.

Mohd Asri berkata, beliau yakin Ebit adalah individu yang bertanggungjawab dan ikhlas dalam melakukan amal kebajikan.

” Kami pernah berjumpa di rumah saya, saya percaya dia ini Insya Allah orang yang buat kerja baik,” katanya.

Kredit: Penakita

Be the first to comment on "Yusuf Azmi Sedih Dengan Apa Yang Berlaku Kepada Ebit Lew. Beliau Mohon Semua Gunakan Ayat Ini Untuk Merawat Kesedihan Ustaz Ebit Lew"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*