Lando Zawawi Dedahkan 2 Kelemahan Ustaz Ebit Lew. Yang Nombor 2 Memang Sangat La Sedih

Baru baru ini kecoh pasal kontroversi Ustaz Ebit Lew membantu orang susah dan menjadi tular kerana ada segelintir menganggap apa yang Ebit Lew buat adalah haram.

Perkara ini sampai sehingga pihak Polis Bukit Aman dan semalam Ustaz Ebit Lew memutuskan untuk berhenti buat sumbangan secara langsung kecuali sumbangan duit melalui media sosial. Ustaz Ebit Lew juga memberitahu supaya berhenti tag beliau untuk memohon bantuan.

LANDO DEDAHKAN KELEMAHAN USTAZ EBIT LEW

Semalam Lando Zawawi telah mengutarakan pendapatnya mengenai isu semasa UStaz Ebit Lew. Terdapat 2 kelemahan yang Lando Zawawi katakan dan awal awal dalam video LIVE FACEBOOK, Lando memohon maaf kepada Ustaz Ebit Lew seandainya beliau terasa dengan apa yang akan Lando kongsikan.

Kelemahan Pertama

Dia memberi pendapatnya dari sudut undang-undang. Berkemunkinan Ustaz Ebit Lew tidak tahu SOP atau protokol sepatutnya. Lando yang mempunyai pengalaman bekerjasama dengan pelbagai NGO katakan dia rasa Ustaz Ebit Lew tidak mengikut undang undang yang sepatutnya.

Kelemahan Kedua

Dalam perkongsian tersebut Lando Zawawi ada mengatakan bahawa Ustaz Ebit Lew mempunyai beberapa kesalahan dan salah satunya adalah sebab dia bukan Melayu.

“Kelemahan no 2 ni bukan sebab dia kurang berpengetahuan.. Macam mana saya nak cakap ye sebab takut dia terasa, Kalau Ustaz Ebit Lew menonton ni saya minta maaf” – Ujar Lando Zawawi.

“Ebit Lew ni dia bukan melayu, dia bangsa cina yang masuk Islam, jadi orang Islam dia jadi Ustaz, jadi dia tidak faham Budaya Melayu !!”

“Apa itu budaya melayu yang menyebabkan dia kena, budaya melayu yang dia kena adalah perasaan tidak puas hati, iri hati dengki cakap belakang. Benda-benda ni ada pada Melayu yang Ustaz Ebit Lew gagal untuk memahami sebab dia orang cina” – Ebit Lew

“Saya atas ini, saya minta maaf dengan Ustaz Ebit Lew, saya rasa kesal, sebab dia orang cina, dia tak faham orang melayu ini cakap belakang, dan saya orang melayu saya tahu.

Ramai yang menyokong apa yang dikatakan oleh Lando Zawawi dalam siaran langsung yang dibuatnya di laman facebooknya pada malam tadi.

Lando yang merupakan aktivisi beberapa kali dipanggil oleh pihak polis ke balai bagi memberikan kenyataan. Namun menurutnya setakat ini tiada kes melibatkannya atau mana-mana brotherhood Malaysia di balai polis kerana mereka adalah dipihak yang benar.

Ustaz Ebit Lew juga dipanggil oleh Bukit Aman semalam bagi memberi kenyataan untuk beberapa perkara. Ustaz Ebit Lew juga dikatakan telah berhenti untuk keluar memberi sumbangan. Kini sumbangan diberikan oleh Ebit Lew secara atas talian kepada mereka yang benar-benar memerlukan.

Sumber Rentas Asia

Edited : Viddy Media

Be the first to comment on "Lando Zawawi Dedahkan 2 Kelemahan Ustaz Ebit Lew. Yang Nombor 2 Memang Sangat La Sedih"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*