Nur Fazura Memohon Maaf Kepada Semua Dan Mendapat Pujian Netizen

Sempena bulan Ramadan, pelakon dan penyanyi Nur Fazura mengambil kesempatan untuk meminta maaf kepada semua.

Fazura berharap agar semua dapat menjalani ibadah puasa dengan baik dan mendapat reda dariNya.

“Bersempena sambutan bulan Ramadan yang mulia lagi barakah ini.. saya, Nur Fazura ingin mengambil kesempatan ini dengan hati yang luhur ikhlas untuk memohon ampun dan maaf jika ada tersalah bahasa, perbuatan mahupun kesilapan yang disedari dan tidak disedari.

“Doa Faz semoga kita dapat menjalani ibadah puasa ini dengan sebaik-baiknya dan mendapat keredhaan Allah SWT.. Amin Allahuma Amin. Salam Ramadhan Al Mubarak,” tulisnya.

Fazura berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

KENYATAAN PENUH FAZURA

Assalamualaikum. Cantik tak kaftan rekaan peribadi bonda @profmuhayaofficial untuk Faz? Faz dan Bonda sememangnya percaya pada kuasa yang ada pada kata-kata positif kerana setiap perkataan yang kita baca dan ungkapkan akan memberi impak kepada pemikiran serta perasaan kita. Kepentingan kata-kata yang baik boleh menentukan emosi kita yang menyumbang kepada keharmonian, kegembiraan, ketenangan, sifat bersyukur serta hati yang baik..

InsyaAllah. Terima kasih buat Bonda tersayang atas hadiah kaftan yang cukup istimewa ini. Sayang sangat pada Bonda. Faz juga ingin mengucapkan Terima kasih buat @tudungruffle kerana menghadiahkan Faz, tudung bawal yang bukan satu tapi 13 warna yang sangat cantik untuk Faz. Semoga dilimpah kurniakan lagi rezeki buat keluarga @tudungruffle .

Bersempena sambutan bulan Ramadhan yang mulia lagi barakah ini.. saya, Nur Fazura ingin mengambil kesempatan ini dengan hati yang luhur ikhlas untuk memohon ampun dan maaf jika ada tersalah bahasa, perbuatan mahupun kesilapan yang disedari dan tidak disedari. Doa Faz semoga kita dapat menjalani ibadah puasa ini dengan sebaik-baiknya dan mendapat keredhaan Allah SWT.. Amin Allahuma Amin. Salam Ramadhan Al Mubarak.

View this post on Instagram

Assalamualaikum. Cantik tak kaftan rekaan peribadi bonda @profmuhayaofficial untuk Faz? Faz dan Bonda sememangnya percaya pada kuasa yang ada pada kata-kata positif kerana setiap perkataan yang kita baca dan ungkapkan akan memberi impak kepada pemikiran serta perasaan kita. Kepentingan kata-kata yang baik boleh menentukan emosi kita yang menyumbang kepada keharmonian, kegembiraan, ketenangan, sifat bersyukur serta hati yang baik.. InsyaAllah. Terima kasih buat Bonda tersayang atas hadiah kaftan yang cukup istimewa ini. Sayang sangat pada Bonda. Faz juga ingin mengucapkan Terima kasih buat @tudungruffle kerana menghadiahkan Faz, tudung bawal yang bukan satu tapi 13 warna yang sangat cantik untuk Faz. Semoga dilimpah kurniakan lagi rezeki buat keluarga @tudungruffle . Bersempena sambutan bulan Ramadhan yang mulia lagi barakah ini.. saya, Nur Fazura ingin mengambil kesempatan ini dengan hati yang luhur ikhlas untuk memohon ampun dan maaf jika ada tersalah bahasa, perbuatan mahupun kesilapan yang disedari dan tidak disedari. Doa Faz semoga kita dapat menjalani ibadah puasa ini dengan sebaik-baiknya dan mendapat keredhaan Allah SWT.. Amin Allahuma Amin. Salam Ramadhan Al Mubarak. 🤲🏻💖✨

A post shared by Nur Fazura (@missfazura) on

Menerusi entri tersebut, Fazura memuat naik fotonya yang manis berhijab.

Entri tersebut mendapat perhatian peminatnya yang rata-rata memuji imej tersebut.

“Cantiknya Fazura bertudung.

“Berserinya dia…Selamat berpuasa.

“Cantiklah bakal ibu ni,” komen antara peminatnya.

Fazura baru sahaja mengumumkan dia kini sedang hamil empat bulan.

Fazura mendirikan rumah tangga dengan Fattah Amin pada 27 November 2017 dalam satu majlis akad nikah tertutup.

Sumber : GEMPAK

Be the first to comment on "Nur Fazura Memohon Maaf Kepada Semua Dan Mendapat Pujian Netizen"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*