Terlalu Bosan Jadi Ambil Keputusan Bekerja Sebagai Penghantar Makanan. Rupanya Lelaki Ini Bukan Calang Calang Orangnya

Jika sebelum ini Nordin Mat sibuk menguruskan restoran, kini beliau hanya mengambil upah menghantar barang.

Semuanya bermula apabila beliau menutup sementara operasi restorannya iaitu G2G Tehcno Cafe & Farm yang beroperasi di MAEPS Serdang, Selangor susulan Perintah Kawalan pergerakan (PKP) akibat penularan koronavirus (Covid-19).

Pengarah syarikat berusia 48 tahun itu berkata, beliau mengambil inisiatif menghantar barang kerana tidak mahu berdiam diri tanpa melakukan sebarang pekerjaan lain.

“Oleh sebab itu, saya beralih dengan menawarkan perkhidmatan penghantaran barangan segar kepada orang ramai,” katanya memetik laporan portal Sinar Harian.

Katanya, perkhidmatan penghantaran itu ditawarkan kepada komuniti setempat di sekitar Putrajaya.

Sebab Bosan, Jutawan Kambing Ambil Upah Hantar Barang

“Saya sekarang ini dalam proses membangunkan sistem penyampaian khusus yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

“InsyaALLAH, sistem yang akan dibangunkan ini berbeza dengan penyampaian perkhidmatan sedia ada,” katanya.

Berkongsi tentang bisnes restorannya yang terjejas, beliau berkata, G2G Tehcno Cafe & Farm hanya dibuka ketika fasa pertama pelaksanaan PKP.

“Pada awal PKP, kita buka restoran untuk pelanggan yang membungkus dan penghantaran makanan.

“Sambutan amat menggalakkan apabila pesanan diterima melebihi dua kali ganda daripada hari biasa,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, restoran tersebut kemudiannya ditutup atas permintaan kakitangannya sendiri.

G2G Tehcno Cafe & Farm menawarkan pelbagai makanan berasaskan kambing serta menyediakan piza dengan keju mozarela.

Sumber : Suara TV

Be the first to comment on "Terlalu Bosan Jadi Ambil Keputusan Bekerja Sebagai Penghantar Makanan. Rupanya Lelaki Ini Bukan Calang Calang Orangnya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*