Terkejut Gadis Ini Bila Tiba Tiba Van Jenazah Sampai Betul Betul Depan Rumah. Ingat Ada Berita Sedih

BINTULU – Seorang gadis terkejut apabila melihat sebuah van jenazah berhenti di hadapan rumahnya yang berkemungkinan membawa berita sedih.

Bagaimanapun, setelah diperhatikan, van jenazah itu membawa bantuan berupa beras kepada penduduk di sekitar Bintulu semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksana.

“Ingat kan ada berita buruk tadi, rupa-rupanya nak hantar beras,” ciap Syaira yang tular di laman sosial.

Perkongsian ciapan di Twitter itu menarik perhatian netizen yang disifatkan sangat lucu pada masa sama bimbang jika benar kehadiran van itu akan membawa berita sedih terutama ketika wabak koronavirus (Covid-19) menular di negara ini.

“Bimbang tiba-tiba sahaja bawa jenazah saudara mara, pasti ia berita sedih. Mujurlah, van ini bawa beras,” ciap @Alisa.

Kata @zafran, “Risau bila nampak van ini waktu Ramadan” manakala ujar @fizin pula, “Ramadan 2020 siapa tak puasa naik van, siapa langgar PKP pun naik van jenazah.”

Sementara itu @rashid, berkata, penggunaan van jenazah sebagai pengangkutan untuk mengagihkan bantuan adalah perkara biasa.

“Di tempat saya, pengurusan masjid nak hantar barang kepada golongan asnaf mereka hantar guna van jenazah.”

Sumber : Sinar Harian

Be the first to comment on "Terkejut Gadis Ini Bila Tiba Tiba Van Jenazah Sampai Betul Betul Depan Rumah. Ingat Ada Berita Sedih"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


Shares