Info Terkini Tentang Waktu Beli Juadah Berbuka Puasa Dan Sahur Ketika PKP Diumumkan Oleh Menteri

Bagaimana waktu untuk membeli makanan berbuka puasa dan adakah boleh membeli makanan untuk bersahur. Persoalan ini yang bermain di minda semua umat muslim di dalam Malaysia dan segalanya telah terjawab ketika sidang media bersama Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menurut Menteri Datuk Ismail Sabri, waktu perniagaan untuk bulan Ramadan samada untuk berbuka puasa atau bersahur adalah sama seperti PKP yang sebelum ini.

Tetapi ada perubahan dalam kenderaan awam seperti bas, teksi dan e-hailing. Sebelum ini waktu adalah 5 petang hingga 10 petang tetapi untuk bulan Ramadan telah ditambah sejam 4 petang hingga 10 malam.

Untuk jualan di pasar yang sebelum ini tutup pada pukul 12 tengah hari telah ditambah waktu sehingga pukul 2 petang. Ini untuk memudahkan rakyat berbelanja di pasar untuk menyediakan makanan untuk berbuka dan bersahur.

Menteri juga menyatakan bahawa beliau tidak boleh membenarkan waktu perniagaan ditambah kerana risau akan pergerakkan yang tidak terkawal.

Operasi kedai makan tidak akan ditambah waktu dan akan mengikut SOP PKP sebelum.

Menteri jelaskan kenapa waktu tidak ditambah ketika bulan Ramadan, beliau menyatakan munkin ada yang gunakan sebab untuk membeli juadah berbuka atau bersahur dan ini menyukarkan pihak berkuasa untuk mengawal pergerakkan apabila rakyat keluar dengan ramai pada waktu serentak.

Ismail Sabri menyarankan bahawa untuk bersahur, rakyat perlu membeli makanan sahur lebih awal.

Video Penuh Sidang Media

Harap semua maklumat ini dapat menjawab persoalan untuk apa terjadi di Bulan Ramadan ketika PKP.

Artikel By: Viddy Media

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*