Gadis Ini Tidak Sedar Semua Boleh Nampak Dia Sedang Tumbuk Bawang Ketika Kelas Online Berlangsung

GOMBAK – Seorang gadis yang sedang mengikuti kelas dalam talian kantoi menumbuk bawang dengan lesung dipercayai sedang membantu ibunya memasak.

Perkara itu dikongsi rakannya, Nurul Yasmin Yusman menerusi ciapan di laman Twitternya yang memaparkan gadis berkenaan iaitu Amira terlupa menutup kamera dan mikrofon komputer riba semasa kelas dalam talian sedang berlangsung.

Keadaan itu bukan sahaja mencuit hati netizen, malah Nurul Yasmin Yusman turut memberitahu semua rakan kelas dan pensyarahnya juga tidak memarahi Amira, sebaliknya terhibur dengannya.

“Masa dia tengah menumbuk tu dia tidak perasan dirinya telah menyertai kelas atas talian, semua orang nampak apa dia buat,” kata Yasmin kepada Sinar Harian.

Yasmin juga berkata, semua rakan kelas dan pensyarahnya tidak memarahi Amira memandangkan dia tidak sengaja, malah mereka terhibur dengannya.

“Kelas saya ada 20 orang pelajar sahaja dan kami memang rapat. Waktu itu kami dalam kelas ‘Intro to World Cultures’,” tambahnya lagi.

“Hai, boleh saya kongsikan video ini pada Instagram saya? Nak tunjuk kepada pelajar saya kegigihan seorang pelajar,” komen pengguna Twitter, Danial Baharudin.

Ciapan Yasmin mendapat 29,900 ulang kicau dan 35,200 tanda suka sejak semalam.

Sumber : Sinar Harian

Be the first to comment on "Gadis Ini Tidak Sedar Semua Boleh Nampak Dia Sedang Tumbuk Bawang Ketika Kelas Online Berlangsung"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*