Netizen Tinggalkan Komen Semangat Untuk Mawar Rashid Bila Dia Ambil Keputusan Untuk Berhijab

Pelakon Mawar Rashid mahu cuba mengenakan hijab buat pertama kalinya dalam bulan Ramadan yang akan bermula esok.

Menerusi laman sosial Instagram, Mawar berkongsi berita baik itu untuk tatapan umum.

“Rasa macam nak cuba pakai tudunglah untuk bulan Ramadan tahun ni. First time nak cuba ni.

“Esok pun nak masuk bulan Ramadan, dah nak puasa dah kita. Selamat menunaikan ibadah puasa kepada semua,” tulis Mawar di ruangan kapsyen.

Menerusi foto tersebut, Mawar tampil manis mengenakan selendang hitam dengan lilitan kemas.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata rakan selebriti dan pengikut memberikan kata-kata semangat serta sokongan kepadanya.

“Omg terujanya! Alhamdulillah dan saya ucapkan hanya yang terbaik untuk awak. Yes, awak boleh buat!” kata pelakon Ramona Zamzam.

“Mekwa boleh buat. Go, go,go,” kata pelakon Amyra Rosli.

“Start perlahan-lahan, awak buat boleh Mekwa,” komen seorang wargamaya.

“Semoga terus kekal istiqomah buat Mekwa,” ujar seorang wargamaya.

“Cantiknya! Semoga Mekwa boleh lakukan dan kekal berhijab,” puji seorang wargamaya lagi.

KOMEN NETIZEN

Untuk rekod, Mawar dan suaminya Raden Ahmad Faizal Yaakob mendirikan rumah tangga pada 9 November 2017.

Pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki Raden Mohammed Rafael yang kini berusia satu tahun.

Mawar turut mempunyai dua orang anak tiri, Rayyan, 8 dan Raysaa, 4, hasil perkahwinan Raf bersama bekas isteri.

Sumber : GEMPAK

Be the first to comment on "Netizen Tinggalkan Komen Semangat Untuk Mawar Rashid Bila Dia Ambil Keputusan Untuk Berhijab"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*