Selepas Facebook Ustaz Abu Syafiq Digodam, Dia Muncul Dalam Satu Video Untuk Buat Kenyataan

Pendakwah bebas yang dikenali sebagai Abu Syafiq memaklumkan bahawa laman Facebooknya telah digodam pihak tertentu.

Ini setelah laman itu meninggalkan komen yang mengkafirkan seorang lagi pendakwah bebas, Ebit Lew, berdasarkan gambar tangkap layar laman berkenaan hari ini.

“Penting. Page Facebook saya kena godam. Ustaz Abu Syafiq Al-Asy’ary atas nama Ustaz Abu Syafiq Al-Asy’ary.

“Harap maklum. Saya Ahli Sunnah wal Jamaah, tidak kafirkan orang Islam. Harap maklum,” kata Abu Syafiq dalam satu teks pesanan kepada Malaysiakini malam tadi.

Bersama pesanan itu, turut dihantar sekeping gambar tangkap layar interaksi komen antara laman berkenaan dengan warganet lain yang mengugut mahu melaporkan laman itu kepada Facebook.

“Report-lah. Sokonglah Ebit Liew kapiaq hampa tu. Hiduplah di dalam masyarakat yang riak. Semoga Allah SWT laknat puak-puak ini,” menurut komen yang dibuat atas namanya itu.

Tangkap layar berkenaan bagaimana ditandakan dengan penafian “palsu”.

Ketika dihubungi, kata Abu Syafiq, dia belum boleh membuat laporan polis kerana kini sedang “menjalani kuarantin”.

Kata Abu Syafiq lagi, isu itu sebenarnya merupakan isu kecil dan timbul akibat tindakan segelintir warganet yang tidak berpuas hati dengannya, dan sengaja melaga-lagakannya dengan Ebit.

Abu Syafiq sebelum ini mengeluarkan beberapa kenyataan yang dikatakan ditujukan buat Ebit Lew, selepas Ebit memberi bantuan kepada satu keluarga di Kedah baru-baru ini.

Abu Syafiq mempertikai tindakan memuat naik gambar dan video orang miskin di media sosial yang menurutnya memalukannya dan membuka aib serta haram di sisi Islam.

Berdasarkan carian Malaysiakini sebentar tadi, laman Facebook Ustaz Abu Syafiq Al-Asy’ary sudah tidak dapat ditemui buat masa ini.

Namun, penjelasan mengenai penggodaman tersebut ada dijelaskan di Instagramnya (bawah).

Tidak lama selepas itu, Ustaz Abu Syafiq telah memuat naik satu video di instagram beliau menyatakan lagi sekali bahawa akaun facebook dia digodam. Segala kata kata caci hina yang ditinggalkan dalam komen bukan datang daripada dia.

Sumber : Malaysia KINI / IG Ustaz Abu Syafiq

Be the first to comment on "Selepas Facebook Ustaz Abu Syafiq Digodam, Dia Muncul Dalam Satu Video Untuk Buat Kenyataan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*