Kali Pertama Berpuasa Tanpa Abam Bocey. Ini Luahan Sayu Ali Puteh

Pelawak Ali Puteh meluahkan rasa rindu terhadap Allahyarham Abam, tambahan lagi ini pertama kali menyambut Ramadan tanpa abangnya itu.

Mengimbas kenangan menyambut Ramadan sebelum ini menurut Ali, kebiasaannya Abam akan menjadi insan paling sibuk menyediakan juadah berbuka buat keluarga.

“Salam semua…Ramadhan bakal tiba esok hari…Tiada apa yang mampu diungkapkan, kehilangan yang sangat dirindui.

“Sebelom ni setiap kali tiba bulan Ramahan, abang yang paling sibuk di dapur memasak juadah berbuka untuk kita sekeluarga…Tapi kali ini berbeza sangat bang.

“Sangat-sangat berbeza, kau tiada lagi bang…Pergi dan takkan kembali..Masih tersemat dijiwa ini yang kau masih bersama kami,” luahnya.

Selain itu Ali turut menyingkap kenangan bersama Allahyarham Abamn berniaga di bazar Ramadan.

“Kite berniaga bazar Ramadan bertahun-tahun lamanya, dari kita susah sampailah sekarang. Angah rindukan setiap gerak Geri kau…abangggg!!!

“Esok puasa dah…Kami sekeluarga berpuasa tanpa kau buat kali pertama bang. Allahu…sayup hati ini yang merindui mu wahai abang.Tenang di sana ye bang bermain bersama Ainul Mardhiah,” katanya.

Ali turut menyatakan rasa rindu terhadap Abam dalam sebuah lagi entri terbarunya di laman sosial Facebook.

“Hanya kenangan yang tinggal. Insya-Allah suatu hari nnti kita akan bertemu di sana abang…Allahu sayup malam Ramahan ini tanpa mendengar suaramu abang,” tulisnya sayu.

Sumber: Gempak

Be the first to comment on "Kali Pertama Berpuasa Tanpa Abam Bocey. Ini Luahan Sayu Ali Puteh"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*