Akhirnya Ustaz Ebit Lew Pulang Ke Pangkuan Keluarga Setelah Lama Berjauhan. Ini Kata Kata Isteri Ebit Lew Selepas Jumpa Suaminya

Baru baru ini nama Ustaz Ebit Lew hangat diperkatakan. Dugaan yang melanda beliau amat berat sekali tetapi kerana nawaitu untuk membantu insan dalam kesusahan Ustaz Ebit Lew tetap lakukannya.

Pelbagai tomahan diberikan kepada beliau sebelum ini. Ustaz Ebit Lew yang dikenali sebagai seorang pendakwah mualaf sering dilihat membantu orang susah dengan memberi sumbangan.

Pulang Ke Rumah

Setelah beberapa hari melakukan misi bantuan demi insan yang memerlukan sumbangan di sekitar Malaysia, pendakwah terkenal ustaz Ebit Lew pulang ke rumahnya meluangkan masa untuk berehat.

Sebuah video dikongsi di laman Instagram yang memaparkan anak-anaknya melepaskan rindu apabila gembira berpelukan dengan pendakwah berusia 38 tahun itu.

Menurut Ebit, beliau merindui anak-anak dan isterinya selain menyifatkan perjalanan kali ini membuatkan hatinya semakin sayu dan lebih mempelajari mengenai kehidupan.

KENYATAAN DARI EBIT LEW

Setelah berhari tiada dirumah. Perjalanan kali ini terasa sebak banyak saya belajar tentang kehidupan dan muhasabah diri dan rindu hadir sampai menangis teresak-esak. Rindunya bidadari. Rindu anak-anak. Anugerah Allah dalam hidup.

Ayah kenapa menangis. Rindu sangat pada bidadari dan anak ayah. Rindu ayah sangat. Ayah pun rindu anak-anak ayah. Ayah nak jadi baby boleh tak? Nak dukung. Seorang lagi ayah nak terbang. Boleh tak ayah

Semua anak berlari rindu nak peluk. Jap ayah mandi bersih-bersih wangi-wangi. Jap-jap yer anakku. Mana pun kita pergi dalam dunia dan apa orang kata. Pelukan bidadari dan anak-anak mengubati segalanya. Nikmat dari Allah.

Berebut-rebut semua nak kiss ayah dia. Nak hug semua sekali. Rumahku syurgaku

Tambah Ebit, beliau dipeluk isterinya dan berkata tidak perlu bersedih kerana Allah SWT sentiasa ada bersama hambaNya.

“Kan dia jaga kita dari dulu sampai bila-bila. Allah punya semua. Nanti kita menangis sama-sama dalam doa supaya setiap orang yang kita jumpa bahagia dan kasih sayang hadir dalam setiap keluarga di seluruh dunia,” ujar isterinya.

View this post on Instagram

Setelah berhari tiada dirumah. Perjalanan kali ini terasa sebak banyak saya belajar tentang kehidupan dan muhasabah diri dan rindu hadir sampai menangis teresak-esak. Rindunya bidadari. Rindu anak-anak. Anugerah Allah dalam hidup. Ayah kenapa menangis. Rindu sangat pada bidadari dan anak ayah. Rindu ayah sangat. Ayah pun rindu anak-anak ayah. Ayah nak jadi baby boleh tak? Nak dukung. Seorang lagi ayah nak terbang. Boleh tak ayah . Semua anak berlari rindu nak peluk. Jap ayah mandi bersih-bersih wangi-wangi. Jap-jap yer anakku. Mana pun kita pergi dalam dunia dan apa orang kata. Pelukan bidadari dan anak-anak mengubati segalanya. Nikmat dari Allah. Berebut-rebut semua nak kiss ayah dia. Nak hug semua sekali. Rumahku syurgaku . Bidadari saya walau penat peluk saya dan kata jangan sedih abang, Allah kan ada. Kan dia jaga kita dari dulu sampai bila-bila. Allah punya semua. Nanti kita menangis sama-sama dalam doa-ebitlew

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on

Artikel By: Viddy Media

 

 

Be the first to comment on "Akhirnya Ustaz Ebit Lew Pulang Ke Pangkuan Keluarga Setelah Lama Berjauhan. Ini Kata Kata Isteri Ebit Lew Selepas Jumpa Suaminya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*