Ramai Sedih Bila Ustaz Ebit Lew Memohon Maaf Dengan Apa Yang Dia Lakukan Selama Ini

Pendakwah bebas Ebit Lew pada malam Selasa telah mencoretkan ucapan maaf di laman sosial sosial Facebook (FB)nya.

Ebit Lew berkata, dia memohon maaf kepada semua dan tidak berniat untuk menyakitkan hati sesiapa.

Menerusi coretan tersebut juga Ebit Lew mengingatkan dia hanya seorang mualaf yang sedang belajar mendalami Islam dan bukannya Ustaz.

“Saya jahil, tak pndai. Saya bukan ustaz. Saya bukan sesiapa. Cuma Cina belajar Islam. Terima kasih semua terlalu ramai guru, keluarga dan sahabat mendoakan dan beri semangat. Allah sahaja balas semuanya.

“Saya sekali lagi minta maaf pada semua. Saya tak berniat nak sakitkan hati sesiapa pun. Betul ni. Maafkan saya yer semua. Saya pohon maaf pada semua yer,” tulisnya.

Rata-rata warganet mengaitkan posting yang dibuat Ebit Lew itu dengan teguran dibuat beberapa pihak selepas bantuan dihulurkan kepada seorang warga emas Kurang Upaya menjadi kontroversi.

Bagaimanapun mereka mendoakan agar Ebit Lew tidak berputus asa dan meneruskan jihadnya ke jalan Allah dengan membantu golongan yang memerlukan.

Posting tersebut telah mendapat 190 tanda suka dengan 18 ribu komen dan 28 ribu perkongsian di FB.

KENYATAAN PENUH USTAZ EBIT LEW

Penat sangat rasa. Tapi bahagia sangat. Syukur pada Allah. Teringat mak dulu senyum bagi nasihat. Takper orang buat kita. Jangan kita buat orang. Selalu maafkan orang lain dan doakan semua orang bahagia dan masuk syurga. Kita hidup untuk Allah sayang. Jika ada kebaikan yang Allah terima saya hadiahkan buat arwah mak saya. Rindu bidadari dan anak-anak. Rindu ayah di kampung. Nak balik kl cepat lepas selesai semuanya.

Dah berlalu bertahun dalam kerja khidmat dan berkongsi kasih sayang semenjak kecil. Entah berapa hari lagi yang tinggal. Biarlah baki hidup ini dalam kebaikan. Jika Allah takdirkan walau berapa waktu yang tinggal. Masa tu sangat sekejap berlalu. Sedangkan banyak kerja dan amanah yang terlalu jauh dari sempurna.

Saya jahil, tak pndai. Saya bukan ustaz. Saya bukan sesiapa. Cuma cina belajar Islam. Terima kaseh semua terlalu ramai guru, keluarga dan sahabat mendoakan dan beri semangat. Allah sahaja balas semuanya.

Saya sekali lagi minta maaf pada semua. Saya tak berniat nak sakitkan hati sesiapa pun. Betul ni. Maafkan saya yer semua. Saya pohon maaf pada semua yer. Doakan terlalu ramai lagi orang memerlukan bantuan dan sokongan. Bagaimana kita boleh lena sedangkan ada orang tidak dapat tidur lena kerana nasib mereka dengan kita tak sama. Walau memberi minum pada kucing atau anjing walau sedikit pun dipandang oleh Allah. Walau kita tak dapat bantu mereka semua. Kita buatlah apa yang kita termampu. Belajarlah melihat dengan cinta. Mendengar dengan cinta. Melalui hidup dengan cinta. Janganlah menyalahkan sesiapa kerana setiap kita bertanggungjawab atas diri kita dan masyarakat kita didepan Allah nanti. Semuanya sehingga satu hari nanti kita mendapat RedhaNya. Redha Allah segala-galanya. Usahlah takut kejian atau penghinaan orang tapi yang paling menakutkan kemurkaan Allah-ebitlew

Sumber : GEMPAK

Be the first to comment on "Ramai Sedih Bila Ustaz Ebit Lew Memohon Maaf Dengan Apa Yang Dia Lakukan Selama Ini"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


Shares