Achey Hadiahkan Periuk Nasi Kepada Isteri. Harga Periuk Nasi Itu Memang Bukan Murah

ISTERI kepada Achey iaitu Nor Hasanah Yahya menulis ucapan istimewa kepada pelawak itu bersempena ulang tahun kelahirannya ke-29, pada Selasa lalu.

Menerusi Instagram, Nor Hasanah atau Anne meluahkan rasa syukur dipertemukan dengan seorang lelaki yang bertanggungjawab dan menyayanginya seadanya.

“Alhamdulillah Ya Allah di hari lahirku, engkau panjangkan umurku dan beri kesihatan buat diriku serta engkau hadirkan orang-orang yang terindah dalam hidupku dalam susah atau pun senang.

“Alhamdulillah Ya Allah aku bersyukur kepadamu, terima kasih pada ibuku yang melahirkan aku ke dunia ni, menjaga dari kecil sehinggalah besar, jasamu akan aku kenang sampai mati,” tulisnya.

Lebih istimewa apabila Anne menunjukkan hadiah yang diberikan oleh suaminya iaitu set periuk nasi pelbagai guna, Thermomix yang menjadi impian ramai wanita.

Difahamkan, perkakas berjenama dari Jerman itu dianggarkan berharga hampir RM8,000.

“Terima kasih juga buat suamiku tercinta, bagi hadiah birthday tahun ni.

“Selepas ni lagi rajin la saya masak… saya sayang awak semua,” ujarnya.

Tahun lalu, Achey yang juga pelawak kumpulan Bocey menghadiahkan isterinya sebidang tanah.

Achey dan Anne mendirikan rumah tangga sejak sembilan tahun lalu dan memiliki seorang anak angkat perempuan, Nur Tiara Zinnirah.

Sumber : MSTAR ONLINE

Be the first to comment on "Achey Hadiahkan Periuk Nasi Kepada Isteri. Harga Periuk Nasi Itu Memang Bukan Murah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*