“Saya minta maaf..bukan sengaja”- Driver Bas Ini Di Puji Tenang Biarpun Penumpang Wanita Ini Berterusan Memarahinya.

 

“SAYA minta maaf banyak-banyak. Saya tak sengaja betul,” itu rayu pemandu bas GO KL selepas berlaku insiden yang menyebabkan ketidakpuasan hati seorang penumpang wanita terhadapnya.

Aksi pemandu bas wanita itu sempat dirakam penumpang lain dan kisah berkenaan mendapat perhatian warganet selepas rakaman video berdurasi lima minit empat saat itu tular di laman sosial sejak semalam.

Menerusi rakaman video berkenaan, penumpang wanita terbabit dilihat mengeluarkan kata kes4t kepada pemandu bas dipercayai kerana memberhentikan brek dengan mengejut.

Dakwa wanita berkenaan, anaknya terjatuh dan hampir dihempap penumpang lain berikutan tindakan pemandu bas itu.

Meskipun berterusan dim4rahi, pemandu bas berkenaan bersikap tenang kerana enggan keadaan menjadi bertambah teg4ng.

Kekecohan itu berakhir selepas pemandu berkenaan memenuhi permintaan penumpang untuk memohon maaf kepadanya.

Pemandu bas berkenaan turut memberi alasan terpaksa memberhentikan bas mengejut bagi mengelak melanggar sebuah kereta yang berada pada jarak dekat.

“Hello miss (Cik), saya minta maaf, ampun, sorry (maaf). Saya tak sengaja (brek), sebab ada kereta tadi.

“Kereta dari belakang (mencelah) sebab itu terpaksa brek. Bukan sengaja nak brek emergency (kecemasan).

“Kalau sengaja, setiap kali berhenti saya brek kecemasan,” katanya.

Dalam pada itu, warganet memuji pemandu wanita berkenaan kerana bersikap tenang serta tidak melayan provokasi penumpang yang menghamburkan kata kesat kepadanya.

Seorang daripada warganet, Nijey Ibrahim berharap pemandu bas berkenaan terus dimurahkan rezeki.

“Terbaik driver (pemandu). Awak contoh muslimah yang baik.

“Walaupun dimarahi, tetap tenang dan sabar. Semoga murah rezeki akak (kakak),” tulisnya di laman sosial video yang ditularkan itu.

Manakala, Aliff Nor Kasanya, menerusi komennya berharap syarikat pengurusan bas memberi anugerah kepada pemandu berkenaan atas kesabarannya ketika berdepan dengan situasi tegang itu.

“Please (tolong)… bagi anugerah pemandu cemerlang untuk akak (kakak) ni,” tulisnya.

Sementara itu, Zura Yaz mencadangkan penumpang wanita berkenaan menaiki teksi untuk lebih selesa.

“Peganglah anak awak. Itu tanggungjawab awak sebagai ibu. Naik kenderaan awam mesti tahu beza dengan naik kereta sendiri.

“Kalau dah rasa tak selamat, turun je (saja) lah. Call (hubungi) teksi. Lebih privasi,” tulisnya.

Harian Metro berusaha menghubungi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk mendapatkan maklumat lanjut tetapi tiada kenyataan susulan diberikan.

Sehingga kini, video yang dimuat naik di laman Facebook itu meraih 1 juta tontonan, 14,000 komen dan lebih 7,000 tanda suka.

Be the first to comment on "“Saya minta maaf..bukan sengaja”- Driver Bas Ini Di Puji Tenang Biarpun Penumpang Wanita Ini Berterusan Memarahinya."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*