
Demi menjayakan sesebuah watak , sebagai seorang pelakon adalah menjadi kemestian buat mereka itu tampil mengikut imej yang diberikan dalam setiap watak yang mereka lakonkan.
Begitu juga dengan pelakon berbadan sado, Norman Hakim, apabila mewarnakan rambutnya daripada hitam kepada warna kelabu ala-ala beruban bagi menampakan gaya lelaki berusia.
Memuat naik gaya rambut terbaru di IG, nampaknya imej tersebut telah mencuri perhatian ramai, apabila ada yang menyifatkan dirinya kelihatan kacak dan stailo sekali.
Bergandingan dengan pelakon cantik, Mimi Lana, dalam drama arahan Michael Ang itu, Norman membawa watak sebagai lelaki kaya yang berusia tetapi masih kacak, bernama Dato Emran.
Menerusi akaun Instagram miliknya, Norman telah memuat naik foto terkini yang merakamkan penampilan terbarunya.Difahamkan, gaya rambut itu adalah untuk watak Emran yang bakal dilakonkan oleh Norman dalam drama terbaru tidak lama lagi.
“Ramai-ramai, akhirnya @michaelang38 pilih i juga untuk watak #Emran dalam #dramachandelier #megadrama #AstroRia. Alhamdulillah thank you Mike,” tulisnya.
Tidak dapat dinafikan, gambar terbaru yang dimuat naik itu mendapat banyak komen-komen daripada netizen teruja dengan penampilan Norman dalam yang bakal ditayangkan itu.
missmimilana Hahahahahahaha ! Kenapa Abang nampak muda macam syafiq Kyle ni !
haidziro_lady_roger Naik lah saham pasni. Buat comeback nampak
adhejengkermahar Handsome gileer
rizizzah Wowww!!!! Kacak giler kot @normanhakim_786
Sumber : Norman Hakim via MonyetHijau
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini kerana kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri. Fikir dulu sebelum komen ya.
Leave a Reply