“Pernah jual tin…”- Kisah ‘Pak Kodi’ jatuh bangun sara diri jadi perhatian

Seringkali kita terhibur dengan lawak-lawak daripada Ropie atau sangat mesra dengan panggilan Pak Kodi. Bahkan, ramai semakin meminatinya sehinggakan setiap lakonan Ropie pasti menjadi perbualan.

Malahan baru-baru ini, ramai cukup terhibur dengan lawak-lawaknya yang diselitkan pengajaran menerusi program Maharaja Lawak Mega 2019.

Menerusi episod akhir pula, dia bersama dua lagi anggota kumpulan Rare iaitu Ajak dan Pak Ya telah merangkul tempat kelima sekaligus membawa pulang wang berjumlah, RM 15,000 ribu.

82217914_215467309483575_817236349157166563_n

Namun begitu, pasti sesetengah peminatnya tidak mengetahui kisah pelawak dan pelakon terkenal ini yang mana pernah juga merasai ‘jatuh bangun’ sebelum kembali dikenali ramai.

Perkongsian daripada Suria Malaysia menerusi Instagram menjadi bualan peminatnya yang turut sedih mendengar kisah Pak Kodi yang pernah menjual tin bagi menyara diri.

Kisah ‘Pak Kodi’ jadi perhatian

Katanya juga, ketika itu dia mempunyai isteri dan anaknya dan akui pendapatan berkenaan tidak cukup untuk menyara diri

Bagaimanapun, dia berkata jika tidak berjaya diusia 45 tahun dalam industri hiburan ini dia mahu mencari kerja tetap serta tidak kisah apa sekalipun dan mengatakan dia tidak malu.

79387269_467154047235406_6279375943234477421_n

83043132_3632369740137290_1767252207874887423_n

Namun begitu, diusia sekitar 41 tahun dia mengatakan kehidupanya semakin baik dan terus meneruskan. Menerusi ruangan komen, netizen mengatakan dia merupakan pelawak terbaik.

Dalam pada itu, Ropie menerusi video berkenaan turut tidak melupakan untuk mengucapkan terima kasih buat peminat atas sokongan.

Sumber: Suria Malaysia, Instagram, Dan HCL

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

 

Be the first to comment on "“Pernah jual tin…”- Kisah ‘Pak Kodi’ jatuh bangun sara diri jadi perhatian"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*