“Kami Bertiga Berdoa & Baca Al-Quran Supaya Rindu Hilang” – Lepas PKP Baru Boleh Jumpa Ibu Ayah

Bila rasa rindukan ibu dan ayah, saya serta adik-adik akan berdoa supaya rasa rindu ini hilang. Itulah perasaan Hussain Izzuddin Che Mamad yang baru berumur 9 tahun.

 

Dia meluahkan rasa sebak apabila melihat adik-adiknya sedih tidak dapat berjumpa dengan ibu dan ayah. Walaupun mereka sudah biasa berjauhan tapi kali ini sedikit berbeza kerana mereka terpaksa dikuarantinkan akibat C0vid-19.

 

Mempunyai Kontak Dengan PUI

Dia bersama dua adiknya, Hassan Nasruddin, 7, dan Ali Akimuddin, 6, dihantar ke Pusat Kuarantin C0vid-19 Marang (PKCM), sejak 7 April lalu selepas mempunyai kontak dengan individu dalam siasatan (PUI) di Pusat Pengajian Sheikh Daud al Fatoni (PPSDAF), Pasir Putih, Marang. Tiga beradik itu antara 15 individu dalam pemantauan (PUS) yang dibenarkan pulang hari ini selepas disahkan negatif C0vid-19.

Hussain Yang Menjaga Dua Adik Sepanjang Berada Di PKCM

Hussain juga bertanggungjawab menjaga dan menguruskan dua adiknya itu sepanjang berada di PKCM. “Jika adik menangis kerana rindukan ibu, Norhidayah Abdul Ghani, 35, dan ayah, Che Mamad Che Mud, 50, saya akan memujuk mereka dengan bermain karom dan dam. Sebelum ini saya dan adik-adik sudah biasa berjauhan dengan ibu dan ayah kerana belajar serta tinggal di PPSDAF.’

Kali Ini Berbeza, Biasa Ibu Ayah Datang Jenguk Seminggu Sekali

“Cuma kali ini berbeza kerana kami tidak boleh berjumpa langsung dengan keluarga sedangkan jika di PPSDAF, ibu dan ayah datang menjenguk seminggu sekali,” katanya.

Isi Masa Terluang Dengan Mengaji Untuk Hilangkan Rasa Rindu Pada Keluarga

Menurutnya, dia dan dua adiknya memenuhi masa terluang dengan mengaji al-Quran dan bermain untuk menghilangkan rasa rindu kepada keluarga.

Sedih, Walaupun Negatif C0vid-19 Tapi Tak Dapat Jumpa Ibu Ayah

 

“Saya dan adik-adik sangat gembira kerana disahkan negatif C0vid-19 dan dibenarkan pulang. Bagaimanapun kami difahamkan tidak boleh menemui ibu dan ayah sehingga tamat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan perlu terus kekal di PPSDAF.”

“Sedih juga tidak dapat jumpa ibu dan ayah biarpun sudah disahkan negatif C0vid-19 kerana hampir sebulan tidak jumpa mereka,” katanya.

Kita semua doakan agar urusan adik ini dipermudahkan dan semoga adik beradik ini dapat kembali ke pangkuan keluarga.

 

Sumber: Harian Metro, PAMA

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Hiburan Netizen

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "“Kami Bertiga Berdoa & Baca Al-Quran Supaya Rindu Hilang” – Lepas PKP Baru Boleh Jumpa Ibu Ayah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*